Saturday, December 6, 2008

Reflection


Picture Credit : Alone

Here I am.
ALONE at IPTI.

Doing nothing.

Just reflecting all the one year at IPTI.
Flashback all the memories.
Sad, sweet, happy and all.

Hope next year will be a happy year for me, Amin.


Wednesday, November 26, 2008

Reason Behind Every Songs

Picture Credit : Behind every girl's favourite song, is an untold story - HpLyrikz.com

Previous day, my friend commented about my blog that full of songs. Hehe :)

They said - "kalau seseorang blogger tu letak lagu, itu maknanya blogger tu kekontangan idea" (lebih kuranglah ayatnya begitu)

Well, my friend.

For every songs that I posted here, there's a reason behind it.
Setiap bait - bait patah lagu tu ada maksud yang tersirat disebaliknya.

Ada cerita disebaliknya. Ada memori tersimpan kemas di situ.
Hanya orang yang 'tahu' saja yang akan 'tahu' apakah maksudnya.

Jadi, bila orang - orang yang tidak tahu, itulah pandangan mereka.
Aku post sekadar untuk untuk aku ingat aja.

Sometimes, indirectly untuk bagitahu 'orang' itu apa perasaan aku.

Mungkin orang tu paham, mungkin tak.

-The End-

Saturday, November 22, 2008

KISSM = KISSME?

Picture CreditKursus Induksi Sistem Saraan Malaysia

KISSM - Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia

Ceramah, Ceramah, Break, Ceramah, Lunch, Ceramah, Dinner, Tido
Ceramah, Ceramah, Break, Ceramah, Lunch, Ceramah, Dinner, Tido
Ceramah, Ceramah, Break, Ceramah, Lunch, Ceramah, Dinner, Tido
Ceramah, Ceramah, Break, Ceramah, Lunch, Ceramah, Dinner, Tido

Buat Assignment
Buat Assignment

-End of Week 1-

Ceramah, Ceramah, Break, Ceramah, Lunch, Ceramah, Dinner, Tido
Ceramah, Ceramah, Break, Ceramah, Lunch, Ceramah, Dinner, Tido
Ceramah, Ceramah, Break, Ceramah, Lunch, Ceramah, Dinner, Tido
Ceramah, Ceramah, Break, Ceramah, Lunch, Ceramah, Dinner, Tido
Ceramah, Ceramah, Break, Ceramah, Lunch, Ceramah, Dinner, Tido

Buat Assignment yang tak habis-habis
Buat Assignment yang tak habis-habis

-End of Week 2-

Ceramah, Ceramah, Break, Ceramah, Lunch, Ceramah, Dinner, Tido
Ceramah, Ceramah, Break, Ceramah, Lunch, Ceramah, Dinner, Tido
Ceramah, Ceramah, Break, Ceramah, Lunch, Ceramah, Dinner, Tido
Ceramah, Ceramah, Break, Ceramah, Lunch, Ceramah, Dinner, Tido
Ceramah, Ceramah, Break, Ceramah, Lunch, Ceramah, Dinner, Tido

Exam~

-End of Week 3-

Bila korang tgk jadual selama 3 minggu ni...
Bosan tak korang rasa?


2 More Weeks


Picture Credit : 2 More Weeks! 2 More Weeks!

2 more weeks to go! hohoho
2 more weeks nak habis KPLI!
Excited! At last...habis gak KPLI ni..

But at the same time pun takut nak menempuhi tahun depan.
Takut sebab tahun depan lah start the real thing..

Tahun depan start posting..(Tak tau negeri, sekolah mana dapat)
Tahun depan start mengajar..(Boleh ker aku nak ngajar ni?)

Tahun depan umur dah semakin meningkat (Bila nak jumpa jodoh ni? Adik lak sibuk bising nak kawin..Huh!)

Moga tahun depan lebih baik daripada tahun ini..
Moga apa yang diingin-inginkan tercapai :)

Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui hasrat hambanya..
Amin.

Chaiyo2x Teacher Rabia!


Monday, September 8, 2008

Pengubat Hati


Picture Credit : La Tahzan. Jangan Bersedih. 

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang mencipta segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,

yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu,

kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
bukan ALLAH tak tahu,
deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,

tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA.



Monday, September 1, 2008

Al-Fatihah

Picture CreditAl-Fatihah

Al-Fatihah.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu,
hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Semoga rohmu di cucuri rahmat.
Amin.

Sunday, August 24, 2008

Kimi's Laugh


Yang suka gelak - gelak ni namanya Kimi. Tak ingat nama penuh dia. Umur dia 4 tahun. Yang abg dia ni namanyer Umar, budak kelas aku, 4 Satria. Yang kecik sekali ni, namanya Iman. Umur baru setahun lebih. Anak salah seorang cikgu kat sekolah aku ni.

Masa ni kat bilik rawatan masa hari UPSR Kuarantin. Dia orang tengah ber'experience' dengan software YouCam kat laptop aku. Saja suruh dia orang main laptop supaya dia orang tak kacau mak dia orang.

Aku suka betul dengar gelak budak ni. hehe. Bila dengar rasa terhibur jer. Kita pun rasa nak tergelak gak. Hehe




Saturday, August 23, 2008

UPSR Kuarantin - SKTD2


Picture Credit : UPSR

Fuhhh, just finish from the school program - UPSR Kuarantin for 4 days and 3 nights.
Even though it was tiring but I really enjoying it. It was a great experience.

I learn a lot of things.
I gain a lot of experience.
I feel closer to my friends.
I feel closer to the students.
I feel closer to the teachers.
I feel closer to the school.

Rasa-rasanya berbaloi berkorban cuti for the school.


Thursday, August 21, 2008

Cutiku Bukan Cutiku

Picture Credit : Cuti

Huhuhu. Cuti sekejap jer.
Ni dah kat Johor balik :(

Ada program kuarantin upsr sampai Sabtu.

Bak kata kawanku...cutiku bukan cutiku :(

Saturday, August 2, 2008

Gambar - Gambar Praktikum


Ini tempat kiteorang lepak - lepak bagi cikgu - cikgi praktikal. Kat sini lah kiterorang tanda buku, tulis buku rph, discuss, surf internet dan borak - borak sesama kiterorg. Ini macam 'port' kiterorang lah.

p/s: Sebelah ni yang pakai baju putih ni bukan misi aka nurse gigi ker apa yer. Dia ni salah sorang cikgu praktikal sama ngan aku gak. (Saja jer nak bgtahu, nanti ada yg confuse lak. Hehehe :p )


Setiap hari Rabu, kiterorg kena pakai mengikut unit beruniform masing - masing. Kalau compare ngan cikgu - cikgi praktikal yang lain, aku bangga berpakaian KRS (Kadet Remaja Sekolah) lagi berpangkat leftenan muda ni (hehe, baca dgn nada riak yer! Lalala~ ).

p/s: Yang sebelah aku ni, cikgu pengakap yer. Dia sama dengan 'misi aka nurse gigi' memang selalu dengkikan pakaian KRS aku ini.


Ini gambar pagi tadi. Ini first time kiterorangg attend kokurikulum kat sekolah. Jangan dengki yer! Boleh pakai baju biasa masa kokurikulum.

p/s: Budak-budak yang ceria lagi excited ni pelajar - pelajar tahun 3. TKRS (Tunas Kadet Remaja Sekolah) baru sahaja diperkenalkan kat sekolah ni. Jadi hanya budak tahun 3 jer yang terlibat dengan persatuan ni.

Thursday, July 31, 2008

Diana, Maafkan Saya Yer

Picture Credit : Prince Charming

"Diana, maafkan saya tumbuk awak hari tu yer. Kata kat mak awak yer, saya minta maaf.
Ini gambar putera raja. Nanti saya lukiskan gambar puteri raja untuk awak yer.
Tarikh lahir 5/5/1998"

Hehe, nak tahu tak saper punya ayat kat atas tu? Budak kelas aku. Kelas 4 Juara. Nama budak tu Firdaus. Comel. Kecik. Hitam manis.

Pagi tadi aku jaga kelas exam Bahasa Arab. Aku nampak sekeping kertas kat meja budak ni. Jadi, aku ambik dan baca. Memang ada gambar dia lukis untuk budak perempuan tu. Gambar putera raja kat istana tgh memandang kolam di bawah nyer.

Aku tersenyum. Nak tergelak pun ada gak. Sebab rasa kelakar. Aku tanya budak tu. "Ni gf awak ker?" Dia ngan tersengih - sengih pun cakap. "A'ah cikgu. Dia budak kelas 4 Waja. Dia duduk dekat jer ngan rumah saya. Belakang rumah saya jer".

(Dalam hati aku: Lebih - lebih lak budak ni. Aku tanya sikit jer. Dia cerita panjang - panjang lak. Pastu boleh lak tak malu mengaku. Masa time kita dulu, takder nak bercinta cintun ni. Hehehe. Bebudak zaman sekarang...advanced! )

Pastu budak tu boleh lak tanya aku...

"Cikgu dah kawin ker?"..................

Thursday, July 24, 2008

It's a Failure!

Picture CreditIt's a failure!

What a day..."It's a failure!" 

Terngiang-ngiang kat telinga aku.
Tak layak kut aku ni jadi cikgu?

Don't want to think about it anymore.

Read about this article if you feel like this. I hope it helps.


Saturday, July 19, 2008

Bila Putus Cinta

Picture Credit : Doa Putus Cinta

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah [1][1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib. (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan (segala pujian bagi Allah).”

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah [2][2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca [3] 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. dan

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.
Wallahu’alam.

By: Azrul Alwi

Wednesday, July 9, 2008

Jodoh

Picture Credit : Doa Putus Cinta

Renungkanlah sedalam-dalamnya.

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa lewat sembahyang.
Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditengah-tengah bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin kehidupannya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..

“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupannya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”

Taken from: Zuan Raz

Putus Sudah Kasih Sayang

Picture Credit : Putus Cinta

Pedihnya hati hanya Tuhan yang tahu saat hubungan kasih dan sayang terputus di tengah jalan. Ditambah pula dengan permintaan dari si dia, bukannya kehendak kita sendiri. Pasti berbagai-bagai persoalan bermain di minda.. 

Jahatkah aku? 
Burukkah aku? 
Tidak cukup sempurnakah aku? 

Semua itu pasti bermain di fikiran kita. Bak kata pepatah, “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Itu tidak dapt dinafikan. Sesungguhnya hanya orang yang benar-benar mengalami liku ini akan merasa sakitnya ditinggalkan. Tetapi mungkin dalam aspek yang lain, orang yang meninggalkan juga merasa sakitnya tanpa kita sedari.

Bukan senang untuk mencipta suatu hubungan yang mampu bertahan lama. Lebih perit lagi bila Cinta Pertama tidak seindah yang dibayangkan. Di kala ini, pasti akan terjadi sesuatu yang buruk sekiranya tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.

Walaupun perit untuk menerima hakikat, tetapi itulah yang perlu dilakukan bila kasih terputus di tengah jalan. Hidup harus diteruskan tanpa insan istimewa di sisi.

Kita semua harus sedar bahawa sekiranya kita kehilangan cinta, jangan sesekali memikirkan bahawa kita tidak mempunyai sesiapa lagi. Sesungguhnya, anda harus lebih menghargai orang sekeliling anda yang sentiasa menyayangi anda.

Di sini saya maksudkan ialah keluarga dan kawan-kawan. Percayalah, bahawasanya biarpun seperit mana kecewa yang kita alami, perit lagi mereka yangmenyayangi kita melihat kita sengsara. Kita juga harus sedar bahawa Allah mencipta ujian buat kita kerana Dia telah mencipta sesuatuyang lebih baik untuk kita.

Usah dibiarkan perasaan benci dan dendam menyelubungi hidup kita. Saya percaya, dalam pelbagai ragam manusia, pasti ada yang menaruh dendam terutamanya lelaki apabila kekasihnya meninggalkannya. Disini mulalah perasaaan sayang bertukar menjadi benci sehingga sanggup menjatuhkan maruah bekas kekasihnya.

Perlukah ini semua berlaku? 
Kenapa harus ada dendam? 

Sesungguhnya kita semua harus percaya dengan Qadak dan Qadar. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan menyalahkan diri sendiri apabila kasih sudah terputus dan jangan sesekali berfikiran positif. Sebaiknya, ambil langkah untuk memperbaiki diri dan percayalah, ada cinta dan insan yang lebih baik menanti anda. Usah terus kesal dengan hubungan yangterputus, tetapi redhalah dengan setiap yang berlaku.

“Cinta di Depan Mata tidak semestinya kekal untuk selamanya”

Taken from: Zuan Raz

Thursday, June 26, 2008

Praktikum Oh Praktikum

Picture Credit : Praktikum

Praktikum minggu depan.

Huhu.
Takut siut.

Terjumpa tip praktikum ini dari Syarliey. Kenapalah tak cari tip ini masa dulu kan? Takperlah, kebetulan dah jumpa tip ini, saya nak share lah dengan readers semua. 


Tip Untuk Praktikum

  • Mula-mula masuk sekolah. Beritahu PK tahun/tahap apa yang anda mahu atau prefer untuk ajar. Bagilah alasan yang munasabah kenapa anda pilih tahap tu.
  • Minggu pertama sekolah. Minta dengan guru pembimbing untuk tak nak mengajar lagi. Bagilah alasan yang anda ingin tengok dia mengajar atau nak menyesuaikan diri dengan sekolah. Tapi, ingat! Ada baik dan buruk kalau tak mengajar minggu pertama ini.
  • Semasa di sekolah. Tak perlulah tunjukkan bakat dan kebolehan yang ada. Nanti ada pula kerja tambahan yang akan diberi. Bukan nak mengelak kerja, tapi bila berpraktikum, ada banyak kerja yang anda kena siapkan seperti RPH, ABM dan lain-lain. Tapi kalau ada cikgu lain minta tolong, tolonglah. Tapi jangan sampai menyeksa diri.
  • Waktu free di sekolah. Fikirkan apa yang nak diajar esok. Plan 3 perkara ini : set induction, group activity and closure
  • Kalau disuruh buat mural, jangan buat awal - awal praktikum. Buat masa akhir - akhir praktikum. Sebab? Kalau mereka berkenan, tak pasal - pasal anda kena buat di dinding yang lain pula.
  • Elakkan tidur semasa di sekolah. Kalau mengantuk, basuh muka atau pergi pekena nescafe ker. Sebab? Supaya anda tak dipandang serong dengan cikgu - cikgu di sekolah. Elakkan daripada buat - buat perkara yang boleh memburukkan imej guru - guru pelatih.
  • Semasa mengajar di sekolah. Anda boleh set a few rules untuk anak murid anda. Salah satunya token ekonomi. Sebelum bagitahu pasal token tu, bagitaulah rules yang yang perlu mereka ikut seperti bagi kerjasama dalam kumpulan, kena siapkan kerja, jangan buat bising dan sebagainya. 
Ini hanyalah saranan dan nasihat jer. Anda boleh ikut atau tidak mengikut kemampuan masing - masing. Terpulang pada masing - masing.
Kalau anda nak tahu lebih detail lagi bolehlah baca kat blog Syarliey. Selamat berpraktikum!

Sunday, June 22, 2008

Kursus Pentauliahan Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah Zon Selatan


Semalam baru habis 4 hari 3 malam camping - kursus pentauliahan leftenan muda kadet remaja sekolah zon selatan di Sedili Damai Resort, Johor. Penat! tapi seronok.

Dapat ramai kenalan baru dari Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO) - Johor, Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) - N9, Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka dan Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS).

Tak sia - sia aku masuk TKRS. Sebab bila compare ngan unit beruniform lain, TKRS camping was the best so far that I heard. hehehe.

Tapi, dalam best-best tu ada gak rasa terkilan. Terkilan tak dapat nak ambik gambar ngan maktab-maktab lain. Huhu.

Lepas ni dah tak jumpa lagi :(


Wednesday, June 11, 2008

Amin

Picture Credit : Jodoh 

Ya Allah.

Seandainya telah engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku.
Satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagiaan antara kami, agar kemesraan itu abadi.

Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi. Seiringkanlah kami melayari hidup ini.
Ketepian yang sejahtera dan abadi.
 
Tetapi ya Allah.
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku.
Bawalah dia jauh dari pandanganku. 

Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.
Berikanlah aku kekuatan. 
Melontar bayangnya jauh ke dada langit. Hilang bersama senja nan merah. Agarku bisa bahagia.
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Dan ya Allah yang tercinta. 
Gantilah yang telah hilang. 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.
Walaupun tidak sama dengan dirinya.

Ya Allah ya tuhanku.
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu.
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku.
Kerana engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hambamu ini.

Ya Allah.
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat.
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini.
Jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahu pun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai.
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.

Monday, June 9, 2008

Friday, May 16, 2008

Happy Teacher's Day

Picture Credit : Happy Teacher's Day

16 Mei 2008 - Happy Teacher's Day
Happy Teacher's Day to all teachers out there - wherever you are :)

In life, great things are hard to come by,
The greater they are, the greater the challenges.


If everything is easy, there won't be aeroplane, there won't be taj mahal.
The world will remain dull, colourless, stagnant.

So, when you are facing challenges in life, be strong!
For there might be great things coming by.

Happy Teacher's Day to All future teachers :)

Sunday, May 11, 2008

Happy Mother's Day

Picture Credit : Happy Mother's Day 

11th May, 2008 - Today is mother's day. I just want to wish to my mom and all mothers out there - Happy Mother's Day. May god bless you with the best gift of all. Amin

For those who have lost their mom (especially for awak), just remember this:

Apabila seseorg itu meninggal dunia tiada satu pun yg dibawanya bersama kecuali 3 perkara

doa dr anak²yg soleh, amalannya dan sedekah jariahnya.

Banyakkan bersabar. Kematian itu satu kepastian. Kelak kita semua akan mengadap Ilahi. Perbanyakkan doa, perbanyakkan amalan. Semoga kita semua berada dikalangan orang-orang yang beriman. Amin


Sunday, May 4, 2008

My Friends


Jeng, jeng, jeng.

Introducing my friend from KPLI - Pengajian Bahasa Inggeris. Masa ni tengah microteaching. Kelas malam. Hehe,budak-budak back bencher (betul ker aku eja ni?)

Meh saya perkenalkan satu persatu yerk. Kita start dari kanan dulu. Lebih afdal orang kata.

Yang kanan sekali ni, wearing a black shirt, namanya Masnawi. Panggil Awie. The most handsome guy in our class. Ramai peminat ni. Biasalah, orang handsomelah katakan.

Sebelah dia, wearing a pair of glasses. Namanya Hamidi. Panggil Midi. Dia sangat cool sekali. Apa-apa yang berlaku pun mukanya sentiasa cool (read - muka takder perasaan). Tengok tu, orang lain semua pandang kat video cam tapi dia sorang jer buat de'. Hehehe (Sedap jer aku kutuk dia. Sorry Midi). Okay, dia ni dah berpunya. Hujung tahun dah nak kawin.

Yang sebelah Midi pulak adalah Nurul. Dia ni dulu housemate aku kat Putrajaya. Sekejap jer. lepas tu dia pindah kat umah lain. Tak sangka jumpa balik kat IPTI. What a small world.

Nurul yang comel ni yang paling muda sekali dalam kelas kiteorang. Dia pun dah berpunya yer.

Sebelah Nurul ni pulak adalah Diyana. Lembut orangnya, pandai masak, soft-spoken, comey lagi tu. Orang Kelantan tapi tinggal kat KL. Still single (sempat lagi aku promote) Hehehe. Dia ni baikkkkk ngan Masnawi. Ngeh, ngeh, ngeh.

Last but not least, yang duk asyik betulkan tudung menggunakan video laptop aku ni, Namanya Noorizan. Panggil Kak Izan. Panggil akak bukan sebab tua tapi tanda hormat (Padahal dah tua pun). Dia ni baik sgt. Soft-spoken gak. Dah anggap mcm kakak sendiri. Selalu nasihat aku bila aku down. (Yelah, dia kan banyak pengalaman dalam bab-bab hati dan perasaan ni) Thanks Kak Izan! Dia ni nampak mcm tak kawin, tapi sebenarnya dah kawin yerk. Harap maklum yer semua.

Itulah serba sedikit pasal budak kelas aku. Nanti aku introduce lagi yerk.

Monday, April 28, 2008

Posting Sabah?


Picture Credit : Sabah?

I have decide to choose Sabah for my posting.

Why Sabah?

I don't know why. I can't answer that question.

Is it because of my unstable emotion that membuatkan aku decide to go to Sabah? Seriously, I don't know. Cuma hati ni berat sangat nak ke Sabah. Kenapa yerk? Apa ada kat sana?

The more people asked, the more excited I want to go. I don't know why.

Maybe because of a new place for me?
Maybe because of getting on an aeroplane? (Saya tak pernah naik kapal terbang lagi tau)
Maybe because of the beautiful places in Sabah?
Maybe because of the allowances that I will get?

I don't know why but those are maybe the possible reasons.


Birthday Cake!


Yay! Double yay!
I get my birthday cake today! hehehe =)

It's a CHOCOLATE cake!

Thank you friends.


Thursday, April 24, 2008

Yusrina and I - Acting Weird?


These are Yusrina and I. One of my friend from KPLI - Pengajian Bahasa Inggeris. Look at us, testing our acting skill.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...