Wednesday, June 11, 2008

Amin

Picture Credit : Jodoh 

Ya Allah.

Seandainya telah engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku.
Satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagiaan antara kami, agar kemesraan itu abadi.

Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi. Seiringkanlah kami melayari hidup ini.
Ketepian yang sejahtera dan abadi.
 
Tetapi ya Allah.
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku.
Bawalah dia jauh dari pandanganku. 

Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.
Berikanlah aku kekuatan. 
Melontar bayangnya jauh ke dada langit. Hilang bersama senja nan merah. Agarku bisa bahagia.
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Dan ya Allah yang tercinta. 
Gantilah yang telah hilang. 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.
Walaupun tidak sama dengan dirinya.

Ya Allah ya tuhanku.
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu.
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku.
Kerana engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hambamu ini.

Ya Allah.
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat.
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini.
Jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahu pun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai.
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.

2 comments:

Anonymous said...

Adoi... ya ya kita patut minta doa dgn Allah sbg hambaNya. Kalu tak berdoa maknanya kita lupa, lalai yang kita ni diciptaNya. TAPI... ikhtiar tu MESTI! tuhan takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasibnya sendiri.
Lupakan kisah silam tu.. kalu dah takdir terima jer la. Baru la ko cepat dpt anak cute mcm aku huhuh Aku doakan semoga salah sorang drpd korang kawin cepat2 lps tu dpt anak cepat2.. baru laa tenang jiwa dan raga huhuh
"Dan di antara tanda2 kesyukuran Allah ialah diciptakan-Nya untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya kamu merasa tenteram disampingnya dan dijadikan-Nya rasa kasih sayang diantaramu. Sesungguh yang demikian itu menjadi bukti2 kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir" (Surah Al-Rum:21)

p/s: bukan nak tunjuk pandai@berdakwah. Sekadar berkongsi pengalaman memandangkan aku dah terkehadapan drpd ko dlm bab ni.. Amin

Rabia Sensei said...

Thanks :)

Nak usaha2 tu aku memanglah tak pandai beb. Tapi, setakat ni..tak terbuka hati lagi kut kat sesaper.

Tapi, tak tahulah, kalau dah jodoh aku satu hari nanti tetiba nak terbuka hati. Insya Allah, aku terima.

Anyway thanks sebab selalu nasihat aku.