Monday, June 9, 2008

Reason

Picture Credit : It Hurts...

Korang tahu tak kenapa aku tulis blog ni?

Sebelum ni aku hanya suka baca blog orang.
Aku tak pernah teringin pun nak tulis menulis ni.
Coz masa tu aku takde sebab nak tulis. Takder benda interesting yang aku nak cerita dan share.

Tapi selepas aku putus dengan ex aku, barulah aku start menulis. Menulis bagi aku adalah satu cara nak luah kan segala-galanya yang terbuku dalam hati. Satu cara nak hilangkan celaru dalam kepala. Satu cara nak hilangkan rasa sedih.

Kalau korang nak tahu, aku bukan jenis orang yang suka share atau bercerita masalah pada kawan-kawan, pada family. Aku bukan jenis yang suka share masalah, yang boleh cakap apa saja. Sesiapa yang kenal aku tahu aku ni pendiam orangnya.

Introvert.

Jadi dengan menulis, secara tak langsung aku cerita pada korang apa yang aku rasa masa ni, apa yang aku fikir masa ni.

Masa aku start tulis blog ni, aku hanya bagitahu beberapa orang jer pasal blog ni. Sekarang ni tak tahulah saper yang dah ada link nyer. Sebenarnya, aku tak pernah expect orang akan baca blog aku. Tak menarik pun. Sebab ceritanya lebih berkisar tentang aku, tentang perasaan aku. Yang pasti, hasilnya ntahapantah kan? Hehehe (Aiman tak kisah)

Tak kisahlah. Aku tak pernah mengharap apa-apa pun. Aku tetap akan menulis. Menulis dari hati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...