Thursday, July 31, 2008

Diana, Maafkan Saya Yer

Picture Credit : Prince Charming

"Diana, maafkan saya tumbuk awak hari tu yer. Kata kat mak awak yer, saya minta maaf.
Ini gambar putera raja. Nanti saya lukiskan gambar puteri raja untuk awak yer.
Tarikh lahir 5/5/1998"

Hehe, nak tahu tak saper punya ayat kat atas tu? Budak kelas aku. Kelas 4 Juara. Nama budak tu Firdaus. Comel. Kecik. Hitam manis.

Pagi tadi aku jaga kelas exam Bahasa Arab. Aku nampak sekeping kertas kat meja budak ni. Jadi, aku ambik dan baca. Memang ada gambar dia lukis untuk budak perempuan tu. Gambar putera raja kat istana tgh memandang kolam di bawah nyer.

Aku tersenyum. Nak tergelak pun ada gak. Sebab rasa kelakar. Aku tanya budak tu. "Ni gf awak ker?" Dia ngan tersengih - sengih pun cakap. "A'ah cikgu. Dia budak kelas 4 Waja. Dia duduk dekat jer ngan rumah saya. Belakang rumah saya jer".

(Dalam hati aku: Lebih - lebih lak budak ni. Aku tanya sikit jer. Dia cerita panjang - panjang lak. Pastu boleh lak tak malu mengaku. Masa time kita dulu, takder nak bercinta cintun ni. Hehehe. Bebudak zaman sekarang...advanced! )

Pastu budak tu boleh lak tanya aku...

"Cikgu dah kawin ker?"..................

Thursday, July 24, 2008

It's a Failure!

Picture CreditIt's a failure!

What a day..."It's a failure!" 

Terngiang-ngiang kat telinga aku.
Tak layak kut aku ni jadi cikgu?

Don't want to think about it anymore.

Read about this article if you feel like this. I hope it helps.


Saturday, July 19, 2008

Bila Putus Cinta

Picture Credit : Doa Putus Cinta

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah [1][1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib. (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan (segala pujian bagi Allah).”

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah [2][2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca [3] 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. dan

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.
Wallahu’alam.

By: Azrul Alwi

Wednesday, July 9, 2008

Jodoh

Picture Credit : Doa Putus Cinta

Renungkanlah sedalam-dalamnya.

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa lewat sembahyang.
Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditengah-tengah bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin kehidupannya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..

“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupannya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”

Taken from: Zuan Raz

Putus Sudah Kasih Sayang

Picture Credit : Putus Cinta

Pedihnya hati hanya Tuhan yang tahu saat hubungan kasih dan sayang terputus di tengah jalan. Ditambah pula dengan permintaan dari si dia, bukannya kehendak kita sendiri. Pasti berbagai-bagai persoalan bermain di minda.. 

Jahatkah aku? 
Burukkah aku? 
Tidak cukup sempurnakah aku? 

Semua itu pasti bermain di fikiran kita. Bak kata pepatah, “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Itu tidak dapt dinafikan. Sesungguhnya hanya orang yang benar-benar mengalami liku ini akan merasa sakitnya ditinggalkan. Tetapi mungkin dalam aspek yang lain, orang yang meninggalkan juga merasa sakitnya tanpa kita sedari.

Bukan senang untuk mencipta suatu hubungan yang mampu bertahan lama. Lebih perit lagi bila Cinta Pertama tidak seindah yang dibayangkan. Di kala ini, pasti akan terjadi sesuatu yang buruk sekiranya tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.

Walaupun perit untuk menerima hakikat, tetapi itulah yang perlu dilakukan bila kasih terputus di tengah jalan. Hidup harus diteruskan tanpa insan istimewa di sisi.

Kita semua harus sedar bahawa sekiranya kita kehilangan cinta, jangan sesekali memikirkan bahawa kita tidak mempunyai sesiapa lagi. Sesungguhnya, anda harus lebih menghargai orang sekeliling anda yang sentiasa menyayangi anda.

Di sini saya maksudkan ialah keluarga dan kawan-kawan. Percayalah, bahawasanya biarpun seperit mana kecewa yang kita alami, perit lagi mereka yangmenyayangi kita melihat kita sengsara. Kita juga harus sedar bahawa Allah mencipta ujian buat kita kerana Dia telah mencipta sesuatuyang lebih baik untuk kita.

Usah dibiarkan perasaan benci dan dendam menyelubungi hidup kita. Saya percaya, dalam pelbagai ragam manusia, pasti ada yang menaruh dendam terutamanya lelaki apabila kekasihnya meninggalkannya. Disini mulalah perasaaan sayang bertukar menjadi benci sehingga sanggup menjatuhkan maruah bekas kekasihnya.

Perlukah ini semua berlaku? 
Kenapa harus ada dendam? 

Sesungguhnya kita semua harus percaya dengan Qadak dan Qadar. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan menyalahkan diri sendiri apabila kasih sudah terputus dan jangan sesekali berfikiran positif. Sebaiknya, ambil langkah untuk memperbaiki diri dan percayalah, ada cinta dan insan yang lebih baik menanti anda. Usah terus kesal dengan hubungan yangterputus, tetapi redhalah dengan setiap yang berlaku.

“Cinta di Depan Mata tidak semestinya kekal untuk selamanya”

Taken from: Zuan Raz