Monday, March 1, 2010

Allahyarham Syafiah Humairah


 
Source: Utusan



Al-Fatihah buat anak kecil Allahyarham Syafiah Humairah dan takziah buat keluarganya. Moga rohmu lebih bahagia di sana.

Terlalu kejam!
Kejamnya hati seorang manusia! Sanggup memperlakukan sebegitu kejam kepada seorang anak kecil yang tidak mempunyai kekuatan untuk melawan. Ditumbuk, ditendang dan dipijak seperti sebuah anak patung yang tak bernyawa. Kejamnya!

Bagaimana mata-mata yang memandang hanya mampu mendiamkan diri sahaja? 
Membisu dan memalingkan muka? 
Tiada rasa simpatikah? 
Tiada rasa satu tanggungjawab sesama manusiakah?
Dimanakah rasa keprihatinan?

Sedangkan ia berlaku di depan mata.
Mengapa sekarang mahu minta bantuan?
Mengapa tidak dulu, ketika badan si anak kecil masih bernyawa?

Sekarang, mengalirkan air mata darah sekali pun tidak akan dapat mengembalikan nyawa si anak kecil.

Syafiah Humairah, si anak kecil yang tidak berdosa. Bergembiralah kamu di sana. Penderitaan kamu sudah berakhir...

Al-Fatihah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...