Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah - Din Beramboi


Picture Credit : Al-Fatihah 

Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi, atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, meninggal dunia awal pagi ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong pukul 11 pagi tadi. 

Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi. (Source)

Saya pasti ramai yang akan rindukan segala lawak jenaka spontannya. Drama sebabaknya di Radio Era sememangnya peneman saya di waktu pagi. Marilah kita sama - sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham. Moga rohnya dicucuri rahmat. 

Al - Fatihah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...