Wednesday, June 16, 2010

Saiful Apek Di Tahan Reman Sehari Lagi




Aduhai. Artis dan ganja. Sinonim bukan? Pelakon komedi, Saiful Apek ditahan reman sehari lagi.


PETALING JAYA 16 Jun - Reman terhadap pelawak terkenal, Saiful Apek atau Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff disambung sehingga esok.
Turut disambung reman ialah lima rakannya termasuk seorang wanita.
Kelmarin, polis mengesahkan Saiful Apek, 41, serta lima rakannya, yang ditahan pada 12 Mei, positif penyalahgunaan dadah jenis ganja.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, siasatan kini dilakukan untuk mengesan dari mana sumber dadah seberat 40 gram yang ditemui di rumah pelakon tersebut diperoleh.

Pelawak yang pernah merangkul Anugerah Bintang Popular itu bersama lima rakannya termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan yang turut menemui 40 gram dadah jenis ganja di sebuah apartmen di PJS 7, Sunway dekat sini pada 12 Mei.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya itu, kesemua dadah tersebut ditemui di dalam rumah terbabit.

Saringan awal ujian air kencing yang dijalankan mendapati kesemua mereka positif mengambil dadah jenis ganja. – Utusan

p/s: Apek, apek...ish, ish. Awat jadi lagu tu? Apek's official website: Saiful Apek

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...