Monday, June 21, 2010

Tepat 10 Malam Ini, Penjara Pudu Akan Tinggal Dalam Kenangan


Di petik dari Kosmo Online

Tiba detik 10 malam ini, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.

Seandainya tembok itu boleh berkata-kata, mungkin ia akan mengatakan bahawa 100 tahun sudah cukup baginya menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan kini tiba masa untuk merelakan dirinya tumbang menyembah bumi setelah 14 tahun dilanda kesepian.

Mungkin ia juga akan mengatakan bahawa dirinya yang dahulunya gah dengan mural sepanjang 384 meter yang mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini sudah tidak bererti lagi.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895.


Fakta tentang Penjara Pudu

  • Penjara Pudu siap dibina 1895 menyerupai Penjara Kindy Bogambia berbentuk X

  • Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985, berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri

  • Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat

    Sumber dari Jabatan Penjara Malaysia
     

6 comments:

Sharinginfoz said...

nampaknya penjara pudu sudah diruntuhkan....

Susu Badan Online

IbuAmirAmirah ;P said...

hehhhe..
saya masih belum menjawab tag itu..namun ade sesuatu untuk cik di blog saya..sukasuki..heheh

KABAKOGA said...

first time tgk penjara pudu..
style jugak jail ni

Rabia Sensei said...

Mr sharinginfoz, yup. Berakhir sudah riwayatnya.

Rabia Sensei said...

Kabakoga, dah musnah dah penjara pudu ni.

Rabia Sensei said...

Dibah, thanks. Akan jawab tag ko nanti =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...