Picture credit : Iklan
Terjumpa di blog gnesop.
Teringat masa dulu - dulu. Lebih - lebih lagi bila habis belajar. Sementara nak dapat kerja, fikir apa nak buat untuk tampung belanja seharian. Saya pernah kerja sekejap sebagai Partime - Research Assistant di UIA, cikgu taska, pernah join MLM, pernah buat data entry secara sambilan, pernah kerja part time jaga kedai masa kat matrik UIA dan macam - macam lagilah.
Teringat masa dengan member roomate di UIA dulu. Pernah buat sewa CD movie kat Mahallah Aminah dan bisnes printing kat bilik dulu. Kebetulan roomate saya ini kaki bisnes. Dia siap jual baju dari bilik ke bilik. Nasib kite orang tak buat sewa novel. Sebab kita orang berdua bukan kaki novel. Actually, ada jer orang buat bisnes tu. Sewa komik, sewa novel, sewa kereta. Segala macam bisnes lah di UIA dulu. Biasalah, kerja untuk mendapatkan duit tambahan.
By the way, sekarang ini, ex - roomate saya ini dah semakin masyuk dengan business sampingannya. Seorang cikgu merangkap part time mak andam dan dah ada butik pengantin sendiri. Tabik springlah dengan kawan saya seorang ini, Puan Shella. Just nak share, ini Fotopagesnya : http://sripengantin.fotopages.com/
Selain daripada Shella, ada kawan saya, Ernie yang dulu sama - sama susah mencari kerja. (Ingat tak lagi Ernie, kita jalan kaki nak pergi jual typewriter rosak kat kedai besi ker apa ntah?) Alhamdulillah, setelah berjaya menjadi seorang graphic designer. Dia juga berjinak - jinak dengan perniagaan onlinenya. Sekarang ni, fulltime sebagai seorang bussinesswoman. Tabik springlah. Sejak dari dulu saya memang suka dengan hasil seninya. Memang seorang yang teliti dan kreatif. Ini kedai online Puan Ernie Azita : http://amfeaz.blogspot.com/
Bekerja untuk mendapatkan duit yang halal, apa salahnya kerja kuatkan? Chaiyo - chaiyo Adik Azahari! Moga dapatlah kumpul duit belanja raya yerk!
p/s : Sesiapa yang perlukan perkhidmatan budak ini, call lah dia. Checklah betul ker tidak. Tapi dah siap bagitahu IC number, betullah tu. Tak sure area mana. Maybe area Kuala lumpur kut.
Bekerja untuk mendapatkan duit yang halal, apa salahnya kerja kuatkan? Chaiyo - chaiyo Adik Azahari! Moga dapatlah kumpul duit belanja raya yerk!
p/s : Sesiapa yang perlukan perkhidmatan budak ini, call lah dia. Checklah betul ker tidak. Tapi dah siap bagitahu IC number, betullah tu. Tak sure area mana. Maybe area Kuala lumpur kut.
9 comments:
itu lah kelebihan studen yg cuba berdikari.. tahniah kpd anda juga kerana pernah melakukan part time job utk perbelanjaan study..
sambil mencari pendapatan tambahan, menimba pengalaman adalah kelebihan part time..
salam perkenalan dari Sop :)
saya memang teruje dengan lelaki rajin!!!
cayalah! :)
salam rabi :)
huhuu...mmg x leh lupa zaman dok kat umah ko tu dulu...tapi itulah pengalaman, kan :) setiap yg berlaku tu Allah dah aturkan...semua ada hikmah...kalau x lalui kesusahan kita x tau camne nak hargai kesenangan & nikmat Allah :)
usaha yg baik mcm ni mesti di balas baik
moh kita doakan beliau ni berjaya :D
Brother sop, thanks for the comment. hehe..saya dah lama tinggalkan dunia belajar =D rindu sangat!
Cinderella, saya pun! sangat suka dengan lelaki yang rajin. =D
Kieyu @ Rumah 4 Tingkat, hehe.saya ingatkan saperlah kieyu ni. tahu nama blog. tak tahu nama bloggernya. Thanks. Harap adik azahari berjaya!
Ernie, rindu dengan ko! Semoga berjaya dalam biz online.
Rabi...rindu kat ko jugak...doakan kita semua berjaya dlm bidang masing2 :) heheh...akhirnya...inilah kerjaya terbaik buat kita :) kite suka dgn keje kite, ko pun enjoy life as a teacher, kan? ;)
Post a Comment