Sunday, August 15, 2010

Video Semasa Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin



Picture credit : Bazar Ramadhan Jasin, Melaka

Kejadian Semasa dan Selepas Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka
[3 Ramadhan 2010]



Nampak tak benda putih yang berterbangan tu? Saya rasa tu payung - payung gerai.

Sumber : Cikgudahlia

Kejadian ribut yang berlaku di Bazar Ramadhan di perkarangan Stadium Jasin pada jam 4.45 petang semalam (13 Ogos 2010) ini telah mengorbankan 3 lelaki manakala 18 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut. Terdapat 30 buah khemah yang didirikan di Bazar Ramadhan tersebut. Kejadian ribut itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.

Dua peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul ribut itu ialah pembantu peniaga murtabak, Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu yang meninggal di Hospital Jasin; peniaga cendol, Abdul bin Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini yang meninggal dunia ditempat kejadian dan pengunjung Muhammad bin Wahab, 49, dari Kampung Rim yang meninggal di Hospital Melaka. Ketiga-tiga mangsa cedera parah di kepala terkena khemah sepanjang 20 kaki dan 20 kaki lebar yang diterbangkan ribut.

Al - Fatihah dan takziah untuk keluarga arwah.

No comments: