Wednesday, December 29, 2010

Anda Mahu Sambung Belajar?

 Picture Credit : Higher Education

Satu soalan yang sering saya tanya pada diri saya sendiri. Nak sambung Master tak? Kalau nak sambung, nak ambik course apa? Multimedia? IT? TESL? English? 

Aduyai. Soalan simple pun tak boleh nak jawabkan? Sebabnya, saya ada banyak lagi benda lain tengah duk fikir. Perancangan untuk masa depan lah. Hala tuju kerjaya lah. Financial lah. Pendek kata, everything lah.

Jadi sesiapa yang baru habis Degree dan nak sambung Master serta PHD. Teruskanlah. Jangan ditangguh-tangguhkan lagi. Lagi tangguh, lagi lamalah pendingnya nanti.

So, just nak share satu peluang untuk sesiapa yang berminat nak sambung belajar. Saya copy dari saudari Solehah. Satu program dibawah Kementerian Pengajian Tinggi yang dinamakan Program MyBrain15.
 
Picture Credit : MyBrain 15 - Menjana Modal Insan Berpengetahuan Tinggi

Program MyBrain15 dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mensasarkan 60 000 rakyat Malaysia untuk memperolehi @ memegang PhD menjelang 2020. Penajaan ini adalah bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPT serta IPTS bertaraf GLC di Malaysia di peringkat Master serta PhD.


Program yang ditawarkan oleh KPT adalah;

1)MyPhD
2)MyMaster
3)PhD Industri


Anda boleh melawat Laman Sesawang Kementerian Pengajian Tinggi (MyBrain15
) untuk mendapatkan maklumat mengenai penajaan serta syarat bagi setiap kategori tajaan atau terus klik pada kategori di atas. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...