Tuesday, December 21, 2010

Kemalangan Di Jalan Cameron Highlands - Simpang Pulai

Picture Credit : Kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai

Kemalangan bas yang berlaku di KM15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai telah mengorbankan 28 nyawa.

Kemalangan yang berlaku pada 11.10 pagi semalam menyebabkan 22 orang mati ditempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Bas dua tingkat, milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, dikatakan membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Dalam nahas kira-kira jam 11.40 pagi, bas yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.

Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan rayadan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

KRONOLOGI

11 pagi: Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai

11.40 pagi: Bas terbabit kemalangan
11.59 pagi: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan
12.05 tengah hari: Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup
12.10 tengah hari: Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan
12.13 tengah hari: Mangsa pertama dikeluarkan
2.37 petang: Kren untuk mengangkat bas tiba
2.55 petang: Mangsa terakhir dikeluarkan
3.08 petang: Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan
4.00 petang: Kedua-dua laluan dibuka semula
5.00 petang: Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai

Credit to : Makbudak


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...