Sunday, December 19, 2010

See You In Court!



Picture Credit : Azad Jasmin


Picture Credit : Faezah Elai

Tengahari tadi tengok Melodi TV3. Saper yang tengok Melodi tadi, tahulah kes pertelingkahan di antara pelakon Faezah Elai dan Azad Jasmin. Boleh tengok balik di tonton.com.my (Melodi Episode 48). Huish, garang giler Azad.

Di petik dari Ohbulan :

Kronologinya, Faezah Elai berkata bahawa Azad (Pelakon filem Ngangkung) merupakan dalang utama yang menyebarkan gosip cinta antara dia & Heykal Hanafiah. Namun, minggu ini Azad muncul dengan slang Penang’nya memberi respon sinis dan lawak terhadap Faezah Elai. Azad bengang apabila namanya dikaitkan semula. Dalam akhbar, Faezah Elai berkata bahawa baru-baru ini Azad ada menghubunginya.

“Tetapi, si perempuan ni baru-baru ini ada claim dalam paper bahawa saya telefon dia. Bila masa aku telefon hang? Hang tunjuk bukti kat aku bahawa aku yang telefon hang? Sudahlah hang menghancuqkan rumahtangga orang, lepas tu hang tukar fakta pulak. Hang ingat ini global? Aku pulak yang buat cerita pasal si isteri ini?

“Hang ni orang kampung aku, malulah sikit! Aku orang Penang, hang pun orang Penang. Hang pi tanya satu Penang, siapa kedai aku, siapa kedai hang? Jangan ganggu harimau yang sedang tidoq. Tapi hang dah ganggu!”

“Pom Pang Pom Pang bagi bimbang, buat apa? Jangan buat kacau kat sini, hang buat kacau isteri orang!”

Pergh, dashyat!

Hari ini di Melodi, Faezah kata : "See You In Court!"



Picture Credit : Kawan - kawan lama - lama jadi lawan.

p/s : Sudah - sudahlah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...