Tuesday, September 7, 2010

Spring Cleaning Checklist

Picture credit : Cuci - cuci satu rumah.

Okay bebudak semua. Mari kita bekerja! 

Hari Raya dah nak dekat. Rumah perlu dibersihkan. Habuk - habuk perlu dibuang. Balang kuih perlu dibasuh. Tingkap perlu dicuci. Halaman rumah perlu bersih! Ingat tu bebudak!

Spring cleaning checklist

Isnin : 
  • Sapu dan kemas di tingkat bawah. 
  • Mop lantai.
  • Lap habuk- habuk diperabot.
Selasa : 
  • Sapu dan kemas di tingkat atas.
  • Mop lantai.
  • Kemas bilik budak laki.
  • Kemas hall ditingkat atas.
Rabu : 
  • Kemas dan bersihkan halaman rumah.
Khamis : 
  • Hias dan bersihkan rumah kasi cantik baik punya!
Jumaat : 
  • Kita pi beraya!
Okay bebudak, ada paham? Araso?

p/s : Bebudak kat rumah aku ini tengah syok tidur jer. Hampeh gas betullah hampa.

H.O.L.I.D.A.Y


 Picture credit : Yehaa! It's school holiday!

Spell H,
Spell O,
Spell L,
Spell I,
Spell D,
Spell A,
Spell Y.

Yippie! It's HOLIDAY. 

One week school holidays for me. To be specific, 9 days. 
(Big grin)

Kepada yang masih dan sedang bekerja di pejabat sekarang ni, janganlah sedih - sedih. Sabar yer. Hik..hik..hik
(Wicked smile)

p/s : Jangan jealous yer. Lalala~

Kereta Sosilawati Lawiya Ditemui


Picture credit : Kereta Sosilawati Lawiya ditemui

 Picture credit : Sources said Sosilawati’s car might have been abandoned six days ago

Sumber : Utusan Malaysia Online

Kereta BMW milik Sosilawati, 47, ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1 di sini diikuti kereta milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.
Difahamkan, seorang peniaga yang mengecam nombor plat kereta Sosilawati menerusi berita di televisyen melaporkan penemuan itu kepada pihak polis pada pukul 9.30 malam.

Peniaga itu menonton berita mengenai kehilangan jutawan itu yang turut mendedahkan nombor plat kereta yang dinaikinya dan apabila dia turun ke bahagian bawah pangsapuri berkenaan selepas itu, dia nampak kereta dengan nombor plat sama ada di tempat letak kereta di bahagian hadapan pangsapuri tersebut lalu melaporkannya kepada polis.

Selepas menemui kereta Sosilawati, difahamkan polis mendapat maklumat mengenai kereta BMW milik peguam itu di sebuah kawasan perumahan berhadapan hotel tersebut lalu bergegas ke lokasi berkenaan.
Polis menemui beberapa kesan cap jari pada kereta berkenaan dan usaha sedang dilakukan oleh bahagian forensik untuk mengesan pemiliknya.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman pula ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah mengambil keterangan suami Sosilawati bagi membantu siasatan kehilangan isterinya.
"Suaminya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 3 petang tadi," katanya.
Dalam pada itu, tinjauan di rumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak, hari ini mendapati kediaman tersebut tenang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

 Picture credit : Dato Sosilawati Lawiya hilang bersama RM 4 juta

Sosilawati dilaporkan hilang bersama tiga lagi iaitu pemandunya, peguam peribadi serta seorang pegawai bank sejak 30 Ogos lalu.
Pemilik syarikat kosmetik, Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty) itu tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting, Selangor untuk menemui peguam atas urusan pembelian tanah di Pulau Pinang dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang hilang

Home Sweet Home


Picture credit : I'm Home!

Yay! I'm home.
Sebenarnya dari Ahad lagi saya dah berada di Nilai. Sampai sahaja di rumah, projek spring cleaning for Hari Raya Celebration dah pun bermula. 

p/s : Tak sabar nak raya you! hik..hik..hik =D

Sunday, September 5, 2010

Clean From The Devil Malware

Picture credit : Spring Cleaning In Process

Disebabkan saya baru jer kena attack dengan si jahat Malware, saya nak share beberapa tips yang saya jumpa semasa mencari bersama Pakcik Google. 


  • Tips dari Wanmus : Cara - cara nak remove si jahat Malware dari blog atau Web. Kalau nak tahu bolehlah singgah di blog beliau. Tips ini sangat sesuai pada yang dah ada domain sendiri.
  • Tips dari Wanmus : Cara nak mengelak dari jangkitan si jahat Malware walaupun dah ada Antivirus. Tips ini sangat membantu saya. Nak tahu sebab apa? Sebab walaupun saya dah update antivirus saya setiap hari tapi still si jahat Malware tetap melekat di laptop saya. So, kena ada satu lagi software khas untuk kill the devil, Malware. Nanti saya akan download software Malwarebytes Anti-Malware. Eh, apa nanti - nanti? Sekarang juga aku download!
  • Tips dari Vladimir Prelovac : Cara - cara nak elakkan dari dijangkiti Malware : Khas untuk pengguna WordPress. Antara tipsnya ialah 
    • Upgrade WordPress to the latest version 
    • Use useful Plugin to WordPress : WordPress Exploit Scanner
      Ada lagi tips yang disarankan oleh beliau. So, for further details. You can check out his blog
  • Tips dari Google Help Forums : Cara yang terbaik dan paling senang sekali untuk mengetahui blog anda telah dijangkiti oleh adik beradik si jahat virus dan Malware ini ialah dengan menggunakan browser seperti Chrome atau Firefox. Jejaka browser ini akan tolong visitor atau pengunjung ke blog kita dengan memberi satu signal warning. Ia dipanggil cross-site warning. So, dari situ kita dah tahu dah yang blog atau site itu have been infected by Malware or Virus. So, kalau dah kuar warning tu. Janganlah tunjuk lagak berani singgah ke situ lagi. For sure akan terjangkitlah kepada kita juga. Itulah yang terjadi pada saya. Bijak kan?
p/s : Let's kill the devil Malware!

Malware Attacks. Aduyai!

Picture credit : Si jahat Malware. Gemuknya ko!

Malware ooo Malware. Takder orang lain ker yang nak ko jadikan mangsa? Aku jugak. Aduyai!

Hari tu saya di attack oleh si jahat Malware. Sebenarnya saya dah scan dah. Tapi rupa - rupanya tak mati lagi si jahat Malware ni.

Disebabkan itu juga blog saya sudah disenaraikan 'hitam' oleh pakcik Google. Tak pasal - pasal jer. Aduyai! Itu pun saya baru tahu selepas Cikgu Dahlia dan kawan saya Syafiyah inform saya di blog's comment serta di Facebook.

Setelah di scan dengan antivirus yang lagi power. Akhirnya mati juga si jahat Malware ni. Padan muka ko, Malware!

p/s : Tekanan perasaan aku dibuatnya. Huh, sengal!

I'm Back!

Picture credit : Blogging requires passion.

Absolutely true!

Beberapa hari yang lepas, saya 'cuti' sekejap dari meng'update' blog coz busy menanda kertas exam anak murid. 'Masak' saya dibuatnya. Ini disebabkan bad habit yang suka menangguhkankan kerja; last minute work, terpaksalah saya bersengkang mata setiap malam menanda kertas exam. Itulah, lain kali buat lagi yer Miss Rabia. 'Well done!'



Picture credit : I'm back!

Now, I'm back! Kembali mengganas. Ganas ker? Lalala~