Saturday, January 1, 2011

Al-Fatihah : Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia

Picture Credit : Al-Fatihah

PETALING JAYA: Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu.
Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.

"Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal," katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.

Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti. 

Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga keluarganya tabah sentiasa. Al-Fatihah.

1 comment:

Azza Firza said...

al fatihah, terkilan dengan pemergiannya, azza minat dia berlakon terutamanya cerita adamaya, moga arwah ditempatkan di tempat orang yang beriman, amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...