Sunday, January 23, 2011

Gambar Dan Video Kahwin Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

Picture Credit : Selamat Pengantin Baru Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

Picture Credit : Alhamdulillah, selesai sudah akad nikah
Picture Credit : Photo taken by Piccalasso team
Picture Credit : Photo taken by Piccalasso team
 

 
Picture Credit : Photo taken by Piccalasso team



ALOR SETAR: Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

Pada sebelah malamnya, kedua-duanya menjalani resepsi perkahwinan berkonsepkan alam fantasi dan mengenakan persalinan rekaan Rizman. Majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan.
Selain itu, mereka turut menggunakan khidmat pereka Qudyn untuk malam berinai pada 20 Januari di rumah Ayu.

Sementara majlis menyambut menantu akan dilangsungkan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini. Pasangan pengantin akan mengenakan persalinan Calvin Thoo dengan bertemakan tradisional.

Baca selanjutnya di Mstar Online

1 comment:

cindir-rela said...

cikgu!!!

saya dah tukar url..hehe..http://hernameisnoraamira.blogspot.com

kalau akuyangdiminatiramai tu guna untuk jual cheese cake, tart and cupcake..singah2 la jugak k!!

lamaenye awak tak update kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...