Sunday, January 16, 2011

Tunggang Jangan Tunggang Langgang

Picture Credit : Ride it Right, guys!



Sumber: myMetro

GEORGETOWN: Hujan lebat serta guruh pagi semalam tidak menghalang lebih 15,000 pengunjung membanjiri Karnival Ride It Right 2010 atau ‘Tunggang, Jangan Tunggang Langgang’ di Padang Kota Lama, dekat sini.

Pengunjung yang rata-rata generasi muda yang berminat dalam sukan bermotor, khususnya golongan mat rempit, tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti termasuk perlumbaan motor, pertandingan motosikal cantik, ‘street soccer’, pertandingan tarian hip hop dan pertandingan bola keranjang.

Media Prima Berhad dan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) adalah media rasmi bagi karnival yang dianjurkan bersama Eramasters dan UMW Pennzoil Distributors Sdn Bhd serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras gejala mat rempit.

Pengurus Besar UMW Pennzoil Distributors Sdn Bhd, Mohd Ruslan Abdul Ghani, berkata objektif utama Pennzoil adalah mendekatkan golongan mat rempit yang kini dikenali sebagai remaja dua roda ke arah jalan betul.

Menurutnya, kempen berkenaan bertujuan menangani masalah yang membelenggu golongan mat rempit dengan menganjurkan pelbagai program untuk mereka.

Official website :
http://rideitright.com.my/home


p/s : Lokasi seterusnya di Kuala Lumpur Dataran Merdeka, 29 Januari 2011

No comments: