Wednesday, February 16, 2011

Apabila Ben Ashaari Terkantoi


Picture Credit : Bila Boss dah start mengamuk...

Terbaca blog Bro Ben pasal "Bila 'BOSS' lalu sebelah". Nak tahu kisah lanjutannya? Silalah baca di sini. 

Di suatu pagi yang hening, kedengaran bunyi jari jemari menaip di papan keyboard. Semua pekerja sedang khusyuk memandang skrin komputer masing - masing. Memang sebegitulah mereka setiap hari. Begitu asyik dengan kerja mereka.

Di sebalik pokok bunga yang besar, terdapat seorang lelaki yang memang sentiasa dengan komputernya. Hinggakan waktu rehat pun tidak pernah berhenti menyiapkan kerjanya di komputer. Dalam diam, ada sepasang mata yang memerhatikannya.

"Rajin sungguh budak ini. Apa yang dibuatnya tidak habis-habis dari tadi? Rasanya dah takder projek dah. Patut dicalonkan sebagai Pekerja Contoh ini. Takperlah, kejap lagi aku bagitahu dia pasal pencalonan tu"

Boss pun berjalan menuju ke cubicle pemuda tersebut. Matanya memandang tepat ke skrin komputer pemuda tersebut. Tiba - tiba matanya membuntang dengan bulatnya. Terlihat pemuda tersebut gelabah menekan butang alt + tab di keyboard berkali-kali. Dari window ke window lain, tapi satu pun tidak mengurangkan kebuntangan mata Bossnya yang bulat itu. Malah Boss memandang skrin komputer dengan tajam sekali!

Pemuda itu tertangkap. Kantoi bak kata orang. Dia hanya mampu berkata "Bosssss" sambil melemparkan satu senyuman-mengharapkan-simpati kepada bossnya.

"Ben, nanti jumpa saya sebelum awak balik!"

Sebelum pulang ke rumah, Encik Ben berjumpa dengan bossnya.

"Maafkan saya Boss. Saya tadi ada hal penting nak discuss dengan wife saya. Itu yang Boss nampak YM tadi. Yang lagi sorang nama Mat Gebu tu, adik saya. Ada masalah sikit. Dia orang tak nak call atau sms saya. Dia org lebih suka berYM jer. Lebih jimat. Biasalah boss. Zaman - zaman gawat ni. Kita kena berjimat cermat. Betul tak Boss?" jawab Encik Ben dengan panjang lebar.

"Iya, saya faham. Saya cuma nak tanya awak satu saja. Harap awak tak kisah" jawab pula Boss dengan nada yang serius.

Pemuda itu terkulat-kulat. Badannya yang sasa itu dibasahi dengan peluhnya sendiri. Panas semacam jer rasanya. Yang peliknya, Boss dia siap pakai kot lagi. Nampak sangatlah pemuda itu ketakutan. Bilik yang berhawa dingin pun dirasakan panas membara!

"Apa saja untuk Boss. Boss nak tanya apa?" jawab Enck Ben pula yang cuba mengambil hati Boss. Harapannya, Boss akan termakan dengan kata - katanya yang lemah lembut itu.

"Tadi awak ada buka satu website. Saya nak link itu jer" jawab Boss dengan selambanya.

"Yes, aku selamat!!!!"  jerit Encik Ben dengan kuatnya memecah kesunyian bilik pejabat petang itu.

p/s: Cerita ini adalah rekaan semata - mata. Tiada berkaitan dengan yang mati atau pun yang hidup. Lebih - lebih lagi dengan Bro Ben Ashaari. Ini hanyalah rekaan penulis sahaja. Sekian, terima kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...