Wednesday, March 2, 2011

Aku Memang Gila Trafik ! So What ?


Segmen terbaru dari Ben Ashaari. FYI, Bro Ben memang selalu buat segmen. Memberi peluang kepada blogger-blogger baru untuk mempromosikan blog masing-masing. So, sesiapa yang berminat, bolehlah join segmen dari Bro Ben Ashaari

  1. Sila letak header Ben Ashaari Blog

    Done

  2. Tajuk : Aku Memang Gila Trafik ! So What ? dan linkkan ke entri ini

    Done

  3. Berikan satu cerita yang menginsafkan korang tentang kematian yang boleh dikongsikan bersama pembaca blog korang dan juga pembaca baru.

    Ini merupakan kisah benar yang telah diceritakan oleh seorang kawan kepada saya. Kisah ini mengisahkan seorang pemuda yang digelarnya pakcik A. Pakcik A ini memang terkenal dengan kehandalan masakannya. Setiap kali kenduri, pakcik A inilah yang akan mengetuai kumpulan masakan. Dia seorang yang rajin, peramah dan suka membantu orang lain. Tetapi ada satu sahaja tabiat buruk yang pakcik A ini selalu lakukan. Pakcik A ini tidak pernah berpuasa.

    Setiap kali bulan puasa, kaum-kaum ibu akan bertungkus-lumus menyediakan juadah berbuka puasa untuk orang yang bersolat di surau. Juadah berbuka puasa ini seperti selalu akan di ketuai oleh pakcik A. Jadi bila masak sebelum berbuka ini, biasalah tukang masak selalunya tak dapat nak rasa sama ada cukup garam segalanya. Selalunya mereka akan panggil kaum-kaum wanita yang 'uzur' untuk merasa masakan tersebut.

    Tetapi, selalunya pakcik A lah dengan selambanya merasa segala masakan itu tanpa disuruh. Dah beberapa kali ditegur, tapi pakcik A selalunya memekakkan telinga dan senyum sahaja. Lama-lama orang kampung dah masak dah dengan sikap pakcik Ali yang tak berpuasa itu.

    Di pendekkan cerita, di saat kematiannya, pelbagai musibah dan keaiban yang terserlah. Antaranya, wajahnya bertukar menjadi hitam dan berbau busuk (Kalau tak silap saya. Ingat-ingat lupa apa musibahnya) Tapi yang pasti, semasa menyembahyangkan jenazah adalah beberapa penduduk yang menitiskan air mata melihat kesengsaraan dan keaiban jenazah itu.

    Semoga kita semua dapat iktibar dari kisah ini. Salah satu rukun Islam kita iaitu berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Jadi laksanakanlah kecualilah anda berada dalam keadaan uzur.


  4. Tinggalkan link diruangan komen entri ini.

    All right. All done!

9 comments:

hacker said...

nice entry...

jom ktahui plbagai info mngnai dunia n akhirat di blog prince....

:)

Pembawa_Wacana said...

Wahh....kemas blog ni... :)

cdsite said...

mcm mane sembahyang menitiskan air mata kerana melihat jenazah? kan jenazah tu sudah dikapankan?

Rabia Sensei said...

Hacker, thanks!

Rabia Sensei said...

Wacana, thanks. Awak punya blog pun kemas juga!

Rabia Sensei said...
This comment has been removed by the author.
Rabia Sensei said...

CD site,
Owh, thanks for asking. Bukan nangis masa tgh solat. Nangis lepas solat. Yang nangis tu tahulah cerita keadaan pakcik A tu. Wallahualam. Saya tak tahu detail. Ceta ini org lain yg ceta kat saya. saya rs sy patut betulkan ayat saya tu kan? nanti org yg bc slah phm. Thanks!

mas.saari said...

singgah n follow dari segmen abg ben
salam perkenalan~

nice entry!

hardy boy said...

good story....
semoga memberikan ikhtibar kpd kita yg masih bernafas ini...

bole follow saya kembali?huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...