Sunday, June 12, 2011

Jodoh Itu Rahsia Tuhan

Picture Credit : Mohon padaNya selalu tanpa jemu
Jodoh itu rahsia tuhan. 
Saya quote dari filem Ayat-Ayat Cinta. Saya punya ramai kawan yang masih belum berkahwin malah ada juga yang masih belum berpunya. Relationshipnya masih lagi kekal single di profile Facebook. Acapkali, topik hangat setiap kali berbicara pasti mengenai perkahwinan.
Bila nak kahwin? Umur dah banyak ni. Tak nampak bayang siapa bakal suami ni. Risaunya.
Luahan, keluhan yang biasa dilontarkan. Hujung tahun lepas, salah seorang kawan saya mendirikan rumahtangga. Padahal, sebelum ini dia pernah menyuarakan kegusarannya yang masih belum berpunya. 

Hati saya mula terasa. Ingatkan sahabat sudah berdusta. Rupa - rupanya hanya syak wasangka. Ceritanya jauh tak disangka. Dalam diam ada pemuda setaman menyimpan perasaan. Akhirnya dirisik, bertunang, bernikah dan akhirnya majlis kenduri kendara.

Itulah besarnya kuasa tuhan. Yang pastinya, jangan dibebankan diri dengan kerisauan tentang jodoh. Usaha itu sudah tentu. Yang penting, panjatkan doa padaNya tanpa jemu. Minta padaNya selalu. 

Lagipun, jodoh itu kan rahsia tuhan. 

Wallahualam.

1 comment:

Rai said...

betul. sangat agree. jodoh tuh rahsia tuhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...