Picture Credit
: Breast Cancer
Last week, saya ada shared sikit pasal ketulan di salah satu
breast saya. Memanglah kalau nak diikutkan topik yang nak diceritakan
ini agak malu sikit nak dikongsi. Tapi kalau tak cerita, macam mana kita
nak tahukan? Macam mana kita nak tahu atau tidak yang kita ini sihat
walafiat sepenuhnya. Untuk makluman, breast cancer bukan sahaja berlaku
pada perempuan sahaja, lelaki pun ada. So, kita semua kenalah ambik
tahu. Tak kiralah anda lelaki atau pun perempuan.
FYI, sejak dulu lagi saya biasa melakukan pemeriksaan sendiri di rumah. Jadi bila ada kelainan itu, saya dah boleh agak ada ketulan di breast. At first memang takut sangat-sangat bila rasa ada benda moving di breast. Macam mana kalau lump tu adalah cancer? Stage 3 atau 4 ker? Hidup saya pasti akan berubah 360 degree.
Jadi first step saya ialah pergi ke klinik. Doktor buat pemeriksaan dan dia mengesahkan memang ada ketulan di breast kiri saya. Based dari saiznya, dia menganggarkan sudah setahun ketulan itu. Kemudian dia buat surat untuk direfer mana - mana hospital yang kita prefer. Kalau yang ada insurans, sangat-sangatlah bagus coz semuanya ditanggung oleh pihak insurans. Apa-apa hal pun depends pada pelan insurans masing - masing. Kalau tak sure boleh tanya agen insurans anda sendiri.
Asalnya saya minta hospital government jer. Tapi setelah berbincang dengan mak, saya pergi ke private hospital sebab lebih cepat prosesnya. Ketulan ini kalau di biar lama - lama boleh membesar. Jadi haruslah diambil tindakan dengan kadar yang segera. So, pergilah saya ke Hospital Columbia Asia yang berdekatan dengan rumah.
FYI, sejak dulu lagi saya biasa melakukan pemeriksaan sendiri di rumah. Jadi bila ada kelainan itu, saya dah boleh agak ada ketulan di breast. At first memang takut sangat-sangat bila rasa ada benda moving di breast. Macam mana kalau lump tu adalah cancer? Stage 3 atau 4 ker? Hidup saya pasti akan berubah 360 degree.
Jadi first step saya ialah pergi ke klinik. Doktor buat pemeriksaan dan dia mengesahkan memang ada ketulan di breast kiri saya. Based dari saiznya, dia menganggarkan sudah setahun ketulan itu. Kemudian dia buat surat untuk direfer mana - mana hospital yang kita prefer. Kalau yang ada insurans, sangat-sangatlah bagus coz semuanya ditanggung oleh pihak insurans. Apa-apa hal pun depends pada pelan insurans masing - masing. Kalau tak sure boleh tanya agen insurans anda sendiri.
Asalnya saya minta hospital government jer. Tapi setelah berbincang dengan mak, saya pergi ke private hospital sebab lebih cepat prosesnya. Ketulan ini kalau di biar lama - lama boleh membesar. Jadi haruslah diambil tindakan dengan kadar yang segera. So, pergilah saya ke Hospital Columbia Asia yang berdekatan dengan rumah.
Second step, make sure bawak surat
yang doktor bagi dari klinik tadi. Untuk rujukan doktor di hospital. Saya
minta buat ujian mammogram tapi since saya masih muda (muda ker?), dia
suruh saya buat ujian breast ultrasound. Harganya berbeza setiap
hospital. Ujian ini memang tak sakit langsung, cuma malu lah sikit. Tapi
masa tu dah takut, tak fikir pun rasa malu tu. Masa ujian itu, anda
dikehendaki menanggalkan baju dan baju dalam serta dikehendaki memakai
baju yang diberi oleh pihak hospital. Doktor akan meletakkan sedikit gel
di breast dan akan menggerakkan sejenis alat ke atas breast kita.
Proses ini serupa macam orang pregnant nak tengok jantina baby. Bezanya
yang pregnant scan perut, yang ini scan breast. Immediately, kita akan
nampak resultnya di situ, sama ada you have lump atau pun tidak. Macam
kes saya pula, saya ada one lump and one cyst. Ya Allah, masa tu saya
hanya mampu berdoa je. Tawakal banyak-banyak pada tuhan.
Masa tu, doktor tak boleh confirmkan sama ada tu ada lah cancer atau pun ketulan biasa. Lagi pun rawatannya berbeza. Setelah buat ujian breast ultrasound, saya buat keputusan untuk buang ketulan itu. So, jumpa doktor. Doktor nasihatkan untuk buang ketulan tersebut dan mereka akan melakukan ujikaji sama ada ketulan itu cancer atau pun tidak. Lagi satu cara, kalau anda tak nak buat operation dulu pun boleh. Anda boleh melakukan biopsy procedures. Doktor akan mengambil sedikit sel ketulan dengan cara memasukkan jarum ke ketulan tersebut. Then, mereka akan kaji sel tersebut. Then, buat operation. Saya skip step itu. Saya terus set date untuk operation.
Sebelum dibedah, kita dikehendaki berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum pembedahan dilakukan. So, saya berpuasa sebelum itu. Kemudian selepas zohor, pukul 2 saya di bedah. Proses pembedahan itu sekejap jer. Dalam 30 - 40 minit sahaja. Saya rasa saya sempat bermimpi semasa itu. (Bila difikirkan balik, pengalaman di bilik pembedahan takder lah ngeri sangat). Apabila saya terjaga, sudah pukul 3 lebih. Doktor gunakan gam diatas permukaan kulit untuk menutup luka saya, manakala di bahagian dalam dijahit dengan benang. Keesokkan paginya saya dibenarkan pulang. Rasa sakit di breast masih lagi terasa. Even apabila kereta melalui lubang-lubang kecil di jalan raya sekali pun, akan terasalah kesakitannya. Berjalan pun hanya boleh slow - slow jer. Selepas itu, saya terus balik ke Nilai untuk proses penyembuhan.
Selepas seminggu, saya buat pemeriksaan susulan dengan doktor. Keputusan ujikaji mendapati yang ketulan itu hanyalah ketulan biasa. Saya dapat cuti beberapa hari lagi untuk berehat di rumah. Alhamdulillah, selepas 2 minggu, saya sudah beransur pulih. Apa - apa pun, saya harap anda semua rajin - rajinlah buat pemeriksaan sendiri di rumah. Risiko lebih tinggi pada mereka yang ada sanak - saudara penghidap breast cancer. Doktor kata sampai sekarang tak tahu punca utama berlakunya kanser. Tapi selalunya benda ini berkaitan dengan hormon atau lifestyle kita.
36 comments:
Alhamdulilah da sembuh.. :)
Hihi.. Alhamdulillah, lepas ni bolehlah lawan badminton dengan korang. ;p
Alhandulillah xde apa2 yg serius weh..syukur..syukur..
wah...ive been in operation room once, masa form three..ade ketulan di lengan, and same cases, its getting bigger n bigger...
dktor kate cancer urat/ or urat masuk kuman..
hehe..bab2 breast cancer ni memang takut..ive never check properly lagi dengan doc, maybe nanti2 i pegi..heheh
thanks for the info sensei!
Terima kasih berkongsi info ni di sini.
Akak nak tahulah, berapa kos operation yang adik buat ni?
terima kasih berkongsi info ni di sini.
Akak nak tahu, berapa kos operation untuk buang ketulan tu? Harap dapat jawapan dari adik.
Mama Betty & Cinderella,
Thanks for the comments!
Kak Yus, Thanks for the comments. Operation itu dalam 3k++. Tapi saya semuanya ditanggung oleh insurans. Harap jawapan saya membantu.
salam.. nk tnye.. time operation 2 rase saket x? besa ke die operate? hope sgt for d reply..
Salam jue,tak rasa sakit sebab dah dibius...sedar2 dah habis operation :)
salam.. nak tumpang tanya.. berapa kos operation tu? sbb saya ada ketulan dan mungkin perlu operation juga.. nak buat anggaran untuk bajet pembedahan ..
Wsalam Rohana. Operation itu dalam 3k++. Tapi saya semuanya ditanggung oleh insurans. Dan ini saya buat di Hospital Columbia Asia. Lain hospital lain harganya. Harap jawapan saya membantu. Semoga dipermudahkan, in shaa Allah.
Assalam, nak tanya sis pegi Columbia Asia Cheras ke?
Wsalam Aizati,
Aah.
Salam..
Sis nk tny..Sis cover pki insurans ape ye??
Salam. Brp lama recover after operation tu?
Waalaikumussalam Amalina Khalid,
sorry lambat reply, saya guna Prudential.
Waalaikumussalam Nylea,
Sekejap jer. Saya ambik cuti seminggu. selepas seminggu,naik kerja.
Ada rasa sakit sikit. Mungkin 2 minggu dah ok dah.
Assalamualaikum
Sy ni lelaki. Tp ada benjolan pd breast kanan. Dah nak masuk 5 bulan. Makin sakit walaupun dlm keadaan biasa.. Kadang2 masa naik moto lagi la sakit kalau jalan blubang2.
Td baru ke HUKM... hantar surat yg klinik mintak refer.
Tupp.. tuppp terbaca content blog ni.
Sy nk tanya... cik refer di spital mana ya?
Anggaran kasar brapa kos operation yg cik kena?
Harap cik dpt reply sgera ataupun emailkan kpd loddgadd@gmail.com
Thanks.
Wsalam Amhara,
Maaf lambat. Saya sudah hantar ke email awak tapi saya jawab juga lah di sini.
Operation saya ketika itu dalam 3k++. Tapi saya semuanya ditanggung oleh insurans. Dan saya buat di Hospital Columbia Asia. Lain hospital lain harganya.
Harap jawapan saya membantu. Semoga dipermudahkan, in shaa Allah.
Hi..korg tau x hospital krjaan bpe kos?bln 2 sy kena buang ketulan..tkotttt
waktu mula2 perasan ada ketulan tu, sis ada rasa mcm sakit2 tak kt area ketulan tu?
Assalammualaikum
Sy dlu da buat chck up..dktr ckp ada ketulan 2cm
Lps tu sy brbt kampung.alhmdulilah ok dah..and thn bbrpa thn rsa skit kat breast dtg blik..tkutny ..apa yg sy prlu buat
Hi Siti Aishah,
Maaf lambat balas. Saya harap pembedahan awak berjalan dengan lancar. Insha Allah. Kuatkan semangat yer!
Nadrah Zabidi
Seingat saya takder. Sis pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Benda yang tak nampak ni kita tak tahu. Insha Allah, mungkin takder apa-apa.
Syadiba Mc,
Saya nasihatkan awak pergi buat pemeriksaan dengan doktor. Kuatkan semangat. Jangan takut dan fikirkan sangat yer. Doa banyak-banyak. Mungkin tiada apa-apa
sy pun ada. sebab keturunan. semua adk brdk perempuan sy ada. cuma kali ni sy xpergi hospital lg untuk buat check up seterusnya. mungkin lepas raya & terfikir nak buat kat private pulak. gov mmg murah. tp proses mmg makan masa berbulan. kira ini kali kedua sy buat operation. pernah juga tanya doktor kenapa ketulan ni ada semula. dia sebut bab makanan,hormon & pemakaian bra besi.
Assalam sis..
Boleh tau x doc apa yg sis jumpa ye di Columbia Asia tu?
Terima kasih..
Salam sis selain ketulan..sis ada rasa apa2x.sakit badan ke..tangan ke..
Salam.. Sis..nak tnya..ketulan tu ada skit x..ke bdn2 ada sakit x?
Salam.. Sis..nak tnya..ketulan tu ada skit x..ke bdn2 ada sakit x?
Salam
Berubat kat mane sis
Boleh share?
Salam
Sydiba mc boleh share berubt kampung kt mana?
Wsalam Shiera, maaf lambat ya. Tak, tak sakit pun. Badan pun tak sakit.
Wsalam Aisha, maaf lambat. Saya tak berubat di kampung. Saya buat pemeriksaan lanjut di Hospital Columbia Asia di Cheras. Kemudian decide untuk buang ketulan tersebut di tempat sama.
Harap jawapan saya membantu.
Wsalam Shiera, maaf lambat ya. Tak, tak sakit pun. Badan pun tak sakit.
Wsalam Aisha, maaf lambat. Saya tak berubat di kampung. Saya buat pemeriksaan lanjut di Hospital Columbia Asia di Cheras. Kemudian decide untuk buang ketulan tersebut di tempat sama.
Harap jawapan saya membantu.
Sy pon akan oprate bulan 8 ni. X takut tapi excited nk msk hospital..hahaha..cuma risau pas oprate sbb pantang sendiri je..harao2 semuanya okey
Miss Unknown,
Semoga cepat sembuh.
Salam. Nak tanya berapa kos pembedahan tu ye ?
Wsalam, Operation itu dalam 3k++. Tapi saya semuanya ditanggung oleh insurans.
Post a Comment