Wednesday, February 29, 2012

Tempahan Plat “WWW” dibuka 30 April 2012

 Picture Credit : No Pendaftaran Kereta L7

KUALA LUMPUR 28 Feb.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan “WWW” yang bermaksud World Wide Web boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April ini.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.

"Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran “WWW”. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud World Wide Web ,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.

Katanya, nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300.

Cho Ha berkata beliau percaya tempahan terhadap nombor pendaftaran “WWW” bukan sahaja akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, malah akan mencatatkan harga tempahan yang paling tinggi dalam sejarah tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.

Katanya borang tempahan itu boleh dimuat turun dari portal JPJ di www.jpj.gov.my
atau download di sini  — BERNAMA

Sumber : Utusan 

 

No comments: