Monday, July 9, 2012

The Amazing SpiderMan


Last weekend, pergilah tgk movie nie. Ia merupakan pengenalan semula atau restart kepada siri Spiderman sebelum ini. Hollywood kebelakangan ini rajin menguna semula atau restart balik cerita2 yang ade bersiri2 nie sepertimana siri Batman yang dinamakan semula sebagai Dark Knight, siri James Bond yang mane bermula balik dari awal. Bayangkan byk ler siri James Bond yang boleh ditayangkan dan yang terbaru adalah siri Spiderman nie.

Dengan pengenalan semula siri Spiderman, adakah jalan ceritanya akan sama? atau mengikut sebiji macam dalam komik? Hollywood selalu akan mengadakan plot baru untuk membezakan dan menghidupkan siri baru nie.

Jangan teruskan membaca kalo anda tak mahu tahu jalan ceritanya :-).
Cerita nie mengolah dari awal dan menceritakan macamane ler spiderman wujud dan dapat kuasanye. Bagi orang biasa macam saya yang pergi menonton untuk hiburan, permulaannya agak perlahan dan pertama kali dalam cerita nie, ade watak ibu dan bapa Spiderman ditunjukkan. Rasanya dalam siri akan datang, bapanya akan muncul kembali.

Watak jahat dalam cerita ni adalah si cicak iaitu seorang doktor genetik yang mengubah DNA nya supaya dapat tumbuh kembali organ tangannya. Kalo dalam siri terdahulu, identiti spiderman hanya diketahui heroinnya dalam cerita yang kedua tapi kali nie, heroin dan bapanya dah tahu siapa spiderman sekali ngan watak jahat. Agaknya diaorang nak buang part identiti supaya senang nak olah siri kedua nanti hehe. Tagline yang popular dalam siri nie pon takde disebut, agaknya pengarah nak jauhkan dari siri terdahulunya trademark.

Keseluruhannya cerita nie, memuaskan dengan aksi berlawan takla sebanyak dalam siri terdahulu. Cuma part yang akhir, boleh lak si cicak tue selamatkan spiderman dari jatuh, walaupun web nya dah dirosakkan. Bukankah spiderman bole melekat kat dinding ;-).

Bagi mereka yang nak tgk macamane spiderman bermula boleh la tgk cerita ni dan tak mengharapkan ia adalah gah seperti sebelumnya. Mungkin dalam siri yang kedua. Selamat menonton.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...