Wednesday, August 1, 2012

MyDistress App

Selamat berpuasa semua! Moga ramadan kali ini membawa lebih keberkatan.

Hari ini saya nak kongsikan berkenaan dgn satu aplikasi atau app yang sungguh berguna. Walaupun ia dah dikeluarkan dari tahun lepas lagi tapi kali ini dengan versi baru.


MyDistress App merupakan salah satu iniasitif Polis Selangor dalam memerangi jenayah dan adalah app yang berguna semasa kecemasan dimana anda hanya perlu klik "On" dan ia akan dihubungkan ke Command Center dan polis akan bertindak segera dengan menghantar anggotanya ke lokasi anda.

Bagaimana pulak mereka tahu lokasi anda? kan handphone skarang dah canggih, yang ade GPS dalamnya. App nie mengunakan kebolehan yang sama macam kalo guna GPS untuk memandu arah, saya masih lagi mengunakan handphone saya ( dah install ngan app GPS, macam Papago or Garmin tue) kalo sesat :)

Menarik bukan? dengan hanya satu butang aje, polis datang ke lokasi anda tapi awas jangan lak ade yang suka2 tekan butang tue. Ade baca berita masa app ni mula diperkenalkan ade pengguna saje2 tekan, bila ditanya mengapa buat macam gitu, katanya nak tengok betul ke aplikasi ni bole guna (Aduhai).

Ia hanya digunakan untuk kecemasan aje ye bukan masa anda mengalami kemalangan kecil atau nak minta tolong abang polis alihkan anak kucing (sebagai contoh). Hanya dalam situasi bahaya dan kecemasan serta memang perlukan abang polis datang.

Pengguna smartphone (Iphone, Android, BB) bole la download app ni kat store anda ye. Selain dari app yang anda ada, ape kata download yang nie dan mane tahu anda memerlukannya satu hari nanti.

MyDistress 2.0 yang baru dilancarkan ini  datang dengan tambahan kepada ciri - cirinya antaranya fungsi Mesej - bole antar mesej ke command center. Fungsi Identiti Kenderaan  (Vehicle Profile ) - bole masukkan no plate kenderaan. Bole rujuk berita di sini.

Singgah sekejap ke laman sesawang MyDistress, nampaknya ade interface baru dengan tambahan banner pengenalan dan video2 cara untuk mengunakannya. Sila la belayar ke http://mydistress.net  untuk info selanjutnya. Tapi kadang2 bila klik sane sini kat laman itu dapat lak database error (mungkin webmaster bole tengokkan atau pc saya yang dah tak betul ).

 
p/s : Ia hanya bole digunakan di dalam kawasan selangor aje ye. Mungkin nanti akan diperluaskan ke kawasan lain.

Source : MyDistress, TheStar

2 comments: