Wednesday, September 5, 2012

Curiosity on Mars

Penjelajahan manusia ke angkasa lepas terus ditingkatkan dengan kejayaan terbaru NASA dalam menghantar dan mendarat di bumi Marikh - jiran planet bumi kita. NASA membina Projek bercita-cita tinggi dengan membina robot peninjau yang terbesar dalam sejarah penerokaan angkasa lepas.

Robot itu sebesar saiz kereta merupakan cabaran terbesar dalam mendaratkan robot itu dengan selamat di permukaan Marikh dengan cubaan mendarat dengan cara berbeza dengan robot yang terdahulu. Jadi bila robot ini berjaya dengan selamat mendarat, Amerika dengan segera mengumumkan ke seluruh dunia. Kos membina robot tersebut lebih kurang 2.5 billion US dan bayangkan jika ia bertemu dengan kegagalan.

Peneroka angkasa lepas dan ahli astronomi telah lama berminat dengan planet Marikh setelah ada bukti menyatakan pernah wujudnya ais di permukaan Marikh dan lalu mencetuskan spelukasi adanya kehidupan di sana. Mereka membayangkan akan adanya manusia membuat koloni di Marikh pada masa akan datang.

Robot yang diberi nama Curiosity membawa misi untuk meneroka Teluk Crater dan dilancarkan dari Cape Canaveral pada 26 November 2011 dan mendarat pada 6 Ogos 2012. Bertujuan untuk mendapatkan data mengenai batuan di permukaan Marikh dan mendapatkan bukti adanya kehidupan di sana. Sila lihat video disebelah gambaran pendaratan dan video animasi yang dihasilkan.

Setelah mendarat, Curiosity menhantar gambarnya yang pertama dari bumi Marikh dan selepas itu mengirimkan gambar panorama pertama (Lihat sini). Curiosity juga membawa bersama peralatan yang canggih baginya menyelidik, analisa dan menghantar balik keputusan ke bumi.

Pada 28 Ogos 2012,  lagu pertama dalam sejarah dimainkan balik oleh Curiosity dan dipantulkan balik ke Bumi dalam langkah NASA untuk meningkatkan minat sains terutama pelajar sekolah. Lagu itu bertajuk "Reach for the Stars" oleh will.i.am.

Bagi yang berminat mengikuti perjalanan Curiosity bolehlah melayari Mars Science Laboratory untuk gambar dan berita terbaru.

Selamat meneroka angkasa lepas :)


Sumber : Berita HarianHarian Metro, NASA - MSL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...