Tuesday, September 25, 2012

Google Nexus 7 Now in Malaysia



Asus Malaysia telah secara rasmi membawa masuk Google Nexus 7 ke Malaysia dan melancarkan secara rasmi pada 21 September 2012 yang lalu. Ia merupakan tablet pertama untuk 7 inci Quad Core dan menggunakan sistem operasi Android yang terbaru - Jelly Bean.

Apa yang membuatkan tablet ini mendapat perhatian ramai adalah kebolehannya digabungkan dengan NVIDIA Tegra 3 Quad Core processor, 12 core GeForce GPU dan display bermutu tinggi 1280x800 yang menjadikan tablet paling berkuasa serta prestasi tinggi. Google Nexus 7 telah menjadi topik hangat pengemar gajet apabila dilancarkan di Amerika pada bulan Jun sempena Google I/O seminar. Disebabkan ia belum berada di Malaysia, ada antara mereka membawa masuk ke Malaysia melalui rakan mereka di Amerika.

Asus Malaysia hanya membawa masuk Nexus 7 model 16GB dengan harga RM999 dan boleh didapati di semua authorized dealer di seluruh Malaysia. Nexus 7 didatangkan dengan semua Google Apps seperti Gmail, Chrome, Googgle+ dan YouTube. Tidak dilupakan Google Play dalam tangan dengan beratus ribu apps dan games boleh dimuat turun.


Dengan semua kebolehan itu, Nexus 7 hanya ada dalam Wifi sahaja dan tidak dalam 3G, tiada kamera di belakang dan slot untuk SD card. Walaupon anda boleh menumpang atau tethering alat lain untuk akses ke Internet jika tiada Wifi dalam kawasan. Saya dapati tiada kebolehan 3G mengurangkan tablet ini untuk digunakan secara optimum. Sepertimana tablet yang saya ada sekarang, kebolehan 3G memang amat berguna terutama dalam perjalanan seperti dalam kereta dan mahu mendapatkan maklumat atau email dengan cepat. Mungkin tablet akan datang akan ada semua kekurangan itu ;)

Untuk maklumat lanjut mengenai ciri2 lain dan specification bolehlah layari kat Google site.



No comments: