Monday, October 15, 2012

Waze App

Kali ini saya nak kongsikan satu app yang mungkin berguna kepada anda yang banyak menghabiskan masa di jalan raya terutama di bandar besar macam Kuala Lumpur: Waze.


Apa itu Waze? Ia merupakan satu app navigasi dan trafik serta sudah menjadi komuniti terbesar di dunia dimana para pemandu berkongsi maklumat di atas jalan raya dalam real time. Pengguna app ini boleh menyumbang secara aktif di atas jalan raya dengan berkongsi maklumat seperti kemalangan, sekatan polis, keadaan berbahaya atas jalan atau memberikan alert kepada pengguna lain.

Ia bergantung kepada komuniti 100%, jadi lebih ramai pengguna Waze terutama di Malaysia akan menjadikan komuniti trafik di sini lebih besar dan mendapat maklumat trafik berguna. App ini boleh di muat turun secara percuma bagi pengguna smartphone iPhone, Android, Windows Mobile and Blackberry (masih lagi dalam versi beta).



Sekali pandang apabila install macam lebih kurang sama dengan alat GPS navigasi bersuara yang lain yang mane pengguna memasukkan destinasi dan app ini akan mengira jarak perjalanan dan masa untuk sampai ke destinasi tersebut. App akan memberitahu anda bila nak membelok simpang ke kiri atau kanan atau alert di hadapan seperti heavy trafik di hadapan anda.

Yang membezakan ia dengan yang lain, adanya maklumat terkini atas jalan raya yang disumbangkan oleh pengguna Waze yang lain. App juga akan memberitahu anda jika terdapat jalan yang lebih cepat dari laluan trafik anda lalui - sebagai contoh anda boleh jimat 5 atau 7 minit jika ikut laluan baru yang dicadangkan.



Contoh alert yang dibuat oleh pengguna Waze.

Satu ciri yang lain ialah kebolehan pengguna untuk berkomunikasi dengan pengguna Waze yang lain. Anda boleh tanya pengguna Waze dihadapan sekiranya dia tahu ape yang menyebabkan trafik sesak :).


App ini belajar dari penggunanya dan lalu memberikan masa dan peta yang dekat dengan anda. Jadi tidak menghairankan apabila app ini sudah dimuat turun sebanyak 20 juta di seluruh dunia hanya setakat Julai tahun ini.

App ini menghantar balik maklumat berkenaan kelajuan dan lokasi ke pusat database dalam langkah untuk meningkatkan servis mereka. Saya sarankan anda membaca term and privacy untuk mengetahui lebih lanjut apa yang mereka kutip dari anda ;)

Anda bolehlah membelek ciri-cirinya lain bila install app ini di phone atau tablet anda. Ia memberikan 2 hala komunikasi yang mana anda menerima maklumat atau navigasi trafik dan anda boleh menyalurkan kembali maklumat untuk pengguna yang lain.

Jadi sertailah pengguna komuniti Waze :)

Source : Waze

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...