Thursday, August 30, 2012

XOOM with Ice Cream Sandwich II

Ingat lagi tak post saya berkenaan dengan Xoom yang baru upgrade ke Ice Cream Sandwich (bole lihat sini). Hari ini saya sambung berkenaan dengan pengalaman mengunakan OS baru - Ice Cream Sandwich (ICS).

Sebelum itu, cerita pengenalan dulu :) . Motorola Xoom merupakan salah satu yang dipanggil Google Experience Device (macam anak emas ler, yang mane update dari Google akan pergi ke device nie dulu sebelum device lain) dan telah didatangkan dengan Honeycomb, yang mane memang khas untuk tablet aje. Kalau tengok telefon2 yang guna patlform android, takde yang boleh update ke Honeycomb.

Ape yang bezanya Xoom dengan tablet lain ialah ciri2 mesra pengguna nye kalo dibandingkan dengan Samsung dan lain2. Ia boleh cucuk usb terus dengan laptop atau pc untuk pemindahan data tanpa perlu install software lain. Ia juga support micro SD card, jadi bole tambah storage dan yang bestnya ade micro HDMI port, bole cucuk terus ke TV yang mane ade HDMI port.

Fungsi ni memang takde kat tablet lain masa dapat Xoom nie, jadi masa kahwin haritu pergi rumah sedara mara dan lain-lain, semua tanya nak tengok gambar kahwin. Pendek kan cerita, transfer masuk gambar dalam Xoom dan pergi umah diaorang (terutama parent dan mertua) cucuk dan display kat tv, besar sikit gambar nak tgk hehehe - plug n play aje.

ICS
Kembali kepada ICS upgrade tadi. Pertama kali masuk Home screen selepas upgrade, perbezaan ketara adalah font dia (kalo tak salah guna Roboto font) dan performance. Terasa laju dan smooth aje bila touch slide untuk tukar screen atau browse dalam senarai applikasi. Honeycomb sebelum ini terasa berat dan perlahan serta kadang2 dia crash - freeze. Sekali pandang macam sama aje dengan honeycomb kecuali beberapa ciri2 baru.


Pertama sekali, boleh ambil screenshot terus dari xoom. Tak payah nak install apps atau guna tool seperti sebelumnya. Hanya tekan butang volume down dengan butang power serentak, xoom akan tangkap screenshot dan memberikan notifikasi kat taskbar.

Kedua, dalam ICS boleh tutup aplikasi yang jalan (guna multitask button - kalo kite buka banyak aplikasi dalam satu masa) dengan swipe aje aplikasi yang dibuka sebelum ini. Fungsi ini memang jimatkan masa, senang untuk terus tutup aplikasi yang tidak diperlukan lagi.


Fungsi untuk create new folder untuk group kan ikon2 aplikasi boleh dilakukan dalam ICS. Ini memang berguna untuk bersihkan desktop screen dari terlalu banyak ikon2 dalam satu screen. Sebagai contoh, saya ade 5 browser seperti gambar di bawah, yang terbaru ialah chrome sebab Chrome hanya ade untuk ICS dan keatas.

Kalau tengok, rupa dia takde ler macam ikon folder dalam komputer, ikon2 itu disusun seperti bertindih2 dibelakangnya. Bagi saya yang khaskan satu desktop screen untuk games, working, personal  dan Home screen supaya senang nak capai ke aplikasi yang berkenaan. Ini memang menjimatkan ruang dan jadi tak serabut.



Selain itu, kalau pergi ke Setting, banyak fungsi baru seperti built in dalam ICS untuk data usage. Tak seperti sebelum ini yang mana saya kena install aplikasi lain hanya untuk tujuan ini. Cuma sayangnya, fungsi Face Unlock takde untuk versi tablet. Agaknya, tablet terlalu besar kot untuk buat Face Unlock hehe.


Selain itu, datangnya ICS adalah update untuk aplikasi2 seperti Gmail (takde fungsi untuk Conversation mode Off) dan People app contacts. Juga kali ini widgets dan apps ade laci (Cabinet) sendiri seperti di bawah. Oh ya, tak dilupakan ada camera ada fungsi baru yang mana gambar yang diambil boleh terus diupload ke mana2 aplikasi seperti facebook, instagram, photo editing atau bluetooth.


Ok. Itu sahaja buat kali ini dan kalau ade lagi akan saya update. Terima kasih kerana membaca ;)

Post terdahulu : Part 1 -XOOM with Ice Cream Sandwich

Gangnam Style

Fenomena Gangnam Style telah melanda alam siber dengan Malaysia menerima tempiasnya minggu lalu sampai kini. Video untuk lagu Gangnam Style yang dinyanyikan oleh Penyanyi Rap Korea bernama Psy telah merebak luas ke seluruh dunia dan menerima sebanyak 73 juta views (masa post ini ditulis).

Lagu single ini telah dimuatnaikkan pada 15 July 2012 dan terus menduduki carta di Korea Selatan dan merebak ke antarabangsa. Dalam minggu pertama bulan Ogos, berita ini telah keluar dalam CNN dan ABC News dan lalu meningkatkan lagi penonton video ini kat YouTube.


All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended

Akibat dari video itu, Gangnam style telah merebak luas atau jadi viral dan banyak pulak penonton atau mereka yang dah melihat memuatkan naik versi mereka termasuk rakyat kita sendiri. Ade melihat versi Sabah style kat Youtube :). Ape yang menyebabkan video ini menjadi hits -  mungkin dengan lagunya yang catchy dan gaya tarian unik (ala2 tarian kuda).

Susulan dari viral video itu, penyanyinya ade membuat satu lagi dengan penampilan bersama Hyun-A, ahli kumpulan K pop 4Minute yang ade. Video ini sudah mendapat 20 juta views.


All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended 

Selamat menonton.

Friday, August 17, 2012

Iklan Raya 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua.

Sempena bulan syawal dan ramadan nie, marilah kita saksikan iklan2 raya yang menyentuh perasan dan sinonim dengan perayaan kali ini. Kalau dulu iklan2 petronas banyak di nanti-nantikan, tapi kali ini iklan dari Petronas lebih ke arah antarabangsa.

Iklan yang paling mendapat tempat adalah dari Bernas. Sini bole tgk iklan penuh (dalam 8 minit, kat tv dah edit untuk 3 minit je). Iklan raya yang menyentuh hati ini menceritakan perjalanan 2 anak yatim yang kurang upaya untuk menziarahi pusara maknya.




All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended

Iklan Petronas kali ini merupakan anak tempatan yang merantau dan bekerja di negara orang (Uzbekistan) dan menjadi rapat dengan anak warga tempatan. Iklan penuh nie dalam 14 minit panjangnya.



All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended

Akhir sekali, Selamat Hari Raya dan pulanglah dengan selamat.


Friday, August 10, 2012

Olympic 2012 Final : Pandelela Rinong


Akhirnya Malaysia mendapat tambahan pingat di Sukan Olimpik London. Pandelela Rinong mencipta sejarah sebagai pingat pertama selain badminton untuk negara. Beliau mendapat pingat gangsa dalam acara kegemarannya 10m platform individu.

Banyak yang pertama yang dicipta oleh Pandelela yang berasal dari Sarawak ini. Mencipta sejarah sebagai atlit perempuan pertama negara memenangi pingat dan juga dalam acara terjun. Beliau mendapat mata sebanyak 359.20 mata dibelakang pemenang emas dari China 422.30 mata dan peserta Australia 366.50 mata.


  "I am so happy with winning this medal. It is something that I had only dreamt off and now diving can look at it as a turning point.

"I feel that a huge burden has been lifted off my shoulders and we can now look forward to better times," she said. 

Bole tgk sedutan klip kat sini.

Olympic 2012 Final : Azizulhasni Awang

Jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang menduduki tempat ke 6 di acara Kierin akhir yang menyaksikan atlit olimpik paling berjaya Britain - Chris Hoy menjuarai acara itu.

  “I was caught off guard in the first lap as the other riders forced me to the back of the pack. It meant I had to get out in front at an early stage. I moved up after the fourth lap but that cost me dearly as I used up a lot of my energy,” he said.

“By the last lap the other riders had more in reserve to push me out of the medal rankings. The tactic was okay but, when you start off in last place, then you are always chasing the pack and it drains you.”

Saya ade melihat Azizul di separuh akhir secara langsung yang menyaksikan beliau menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Chris Hoy.

Kepada sesiapa yang terlepas tengok, bolelah tgk kat youtube full replay :Pusingan Awal ( Heat 3), Separuh Akhir (Heat 1) dan Akhir (utk tempat 1-6) dan ke blog beliau : AzizulHasni Awang

Sumber : TheStar

Monday, August 6, 2012

Olympic 2012 Final : Usain Bolt


Pak Usain berjaya lagi dalam cabarannya mempertahankan Gelaran orang terpantas dunia. Walaupon mula2 ade yang mempertikaikan kebolehannya atas beberapa sebab. Antaranya kecederaan yang dialaminya dan tewasnya beliau dalam Olimpik kelayakan negara Jamaica dengan seorang lagi pendatang baru - Yohan Blake,

Selapas itu, ade cakap2 yang menyatakan Yohan Blake yang akan menggantikan beliau selaku Raja Pecut. Pusingan kelayakan menyaksikan Usain Bolt menang ngan bergaya dan seterusnya dalam separuh akhir.

Dalam pusingan akhir yang hampir semuanya berlari bawah 10s, pelari2 pecut dunia semuanya ade dalam senarai nama untuk acara akhir. Dunia mayaksikan acara nie ngan penuh minat yang mane ia hanya memakan masa 10 saat je.

Permulaan lambat bagi Usain Bolt dan hanya bila sampai 50m akhir baru nampak kelibatnya ke hadapan dan terus kehadapan lalu menang dengan catatan masa 9.63s iaitu Olimpik rekod dan catatan kedua terpantas penah dibuat (Rekod Dunia hanya 9.58s).

Bole lihat Full replay kat youtube :  Pusingan Awal, Separuh Akhir dan Akhir


Sumber : theStar Online, London2012

Olympic 2012 Final : Lee Chong Wei



79 minit yang mendebarkan terutama pada set ketiga. Lee Chong Wei dan Lin Dan saling balas membalas ngan mata tak jauh berganjak sehingga ke mata 19 -19. Saya menontonnya kat tv pon terasa tebarannya apatah lagi pemain dan penonton kat sana.

Pada waktu yang kritikal dan kemuncak, satu mata penentu iaitu sama anda Lin Dan menang atau Lee Chong Wei dapat menyamakan mata. Akhirnya berakhir ngan Lin Dan menang.

Keputusan penuh  21-15, 10-21, 19-21 dan merangkul pingat perak kali kedua buat negara. Walaupon tak menang, Lee Chong Wei patut berbangga kerana mampu bangkit dari kecederaan masa Piala Thomas dan memberikan kita pingat di olimpik.

Tahniah buat Lee Chong Wei yang bole kita jadikan teladan dimana semangat dan keazaman beliau untuk bangkit dari jatuh dan menempuhi masa pemulihan bukan semua antara kita dapat melakukannya.

Sumber : TheStar Online


XOOM with Ice Cream Sandwich

Akhirya, Ice Cream Sandwich untuk Xoom sudah tiba :). Kepada yang kurang faham ape dia Ice Cream yang dimaksudkan sini adalah versi terbaru sistem operasi untuk Android platform (sama ada phone atau tablet).

Jumaat lepas pergi tgk kat system update dan teruja tgk ade update seperti di sebelah. Ape lagi dengan gembiranya terus update tanpa backup ape2 walaupon diaorang recommend berbuat demikian.


Terus tekan download dan file dia lebih kurang 113MB. Masa ni kena tunggu dia habis download dalam 10 minit.

Dah habis download dia bagi pilihan untuk install sekarang atau kemudian. Tekan Install now dia baca file tadi dan reboot, mula keluar robot android untuk install update ke sistem operasi baru.
 
 


Lepas habis install, dia mula upgrade ke sistem baru dan masuk Home screen.


Lepas system semua on balik, pegi check kat  setting - tgk version dia seperti di bawah - 4.0.4.


Next, akan saya ceritakan perbezaan sistem operasi baru ni...ok nak gi godek ape yang ade dalam tue..hehe

Lihat juga : Part 2 - XOOM with Ice Cream Sandwich

Wednesday, August 1, 2012

MyDistress App

Selamat berpuasa semua! Moga ramadan kali ini membawa lebih keberkatan.

Hari ini saya nak kongsikan berkenaan dgn satu aplikasi atau app yang sungguh berguna. Walaupun ia dah dikeluarkan dari tahun lepas lagi tapi kali ini dengan versi baru.


MyDistress App merupakan salah satu iniasitif Polis Selangor dalam memerangi jenayah dan adalah app yang berguna semasa kecemasan dimana anda hanya perlu klik "On" dan ia akan dihubungkan ke Command Center dan polis akan bertindak segera dengan menghantar anggotanya ke lokasi anda.

Bagaimana pulak mereka tahu lokasi anda? kan handphone skarang dah canggih, yang ade GPS dalamnya. App nie mengunakan kebolehan yang sama macam kalo guna GPS untuk memandu arah, saya masih lagi mengunakan handphone saya ( dah install ngan app GPS, macam Papago or Garmin tue) kalo sesat :)

Menarik bukan? dengan hanya satu butang aje, polis datang ke lokasi anda tapi awas jangan lak ade yang suka2 tekan butang tue. Ade baca berita masa app ni mula diperkenalkan ade pengguna saje2 tekan, bila ditanya mengapa buat macam gitu, katanya nak tengok betul ke aplikasi ni bole guna (Aduhai).

Ia hanya digunakan untuk kecemasan aje ye bukan masa anda mengalami kemalangan kecil atau nak minta tolong abang polis alihkan anak kucing (sebagai contoh). Hanya dalam situasi bahaya dan kecemasan serta memang perlukan abang polis datang.

Pengguna smartphone (Iphone, Android, BB) bole la download app ni kat store anda ye. Selain dari app yang anda ada, ape kata download yang nie dan mane tahu anda memerlukannya satu hari nanti.

MyDistress 2.0 yang baru dilancarkan ini  datang dengan tambahan kepada ciri - cirinya antaranya fungsi Mesej - bole antar mesej ke command center. Fungsi Identiti Kenderaan  (Vehicle Profile ) - bole masukkan no plate kenderaan. Bole rujuk berita di sini.

Singgah sekejap ke laman sesawang MyDistress, nampaknya ade interface baru dengan tambahan banner pengenalan dan video2 cara untuk mengunakannya. Sila la belayar ke http://mydistress.net  untuk info selanjutnya. Tapi kadang2 bila klik sane sini kat laman itu dapat lak database error (mungkin webmaster bole tengokkan atau pc saya yang dah tak betul ).

 
p/s : Ia hanya bole digunakan di dalam kawasan selangor aje ye. Mungkin nanti akan diperluaskan ke kawasan lain.

Source : MyDistress, TheStar