Tawaran Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi, KPM. Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi menawarkan kekosongan bagi Pekerja Sambilan Harian (PSH).
Waktu bekerja: Waktu bekerja yang terpakai kepada pegawai awam.
Gaji:
- RM54.00 sehari (Kelayakan: SPM)
- RM72.00 sehari (Kelayakan: STPM/Diploma)
- RM100.00 sehari (Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda)
- KWSP dan Elaun Perjalanan.
Kelayakan / Kelulusan
1. Minimum SPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan yang didiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris.
2. Boleh menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik.
3. Mempunyai kemahiran dalam Microsoft Word dan Microsoft Excel yang baik.
4. Boleh bekerja di luar pejabat.
Cara Memohon
Sila hantar resume kepada
Setiausaha Bahagian,
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Blok 4803, Suite 0-2, Bangunan CBD Perdana,
Off Persiaran Multimedia, 6300, Cyberjaya, Selangor