Beliau merupakan bekas tentera yang banyak menerima anugerah kepahlawanan dan bekas MP (Polis Tentera). Dibayangkan Jack Reacher merupakan seorang penyiasat yang hebat semasa berkhidmat dalam tentera. Beliau muncul apabila berita mengenai penangkapan suspek tersebar di berita dan beliau mengenali suspek.
Jack Reacher Trailer
All copyrights reserved to original creator. No copyright
infringement intended
Pada awalnya, beliau yakin suspek adalah bersalah tetapi di yakinkan oleh penguambela nya untuk menyiasatnya terlebih dahulu. Rupanya ia bukan sekadar pembunuhan biasa dan melibatkan banyak pihak berkepentingan.
Aksi yang menarik dalam cerita ini apabila adegan kereta kejar mengejar di antara pihak polis dan Jack Reacher. Mengapa pihak polis mengejar beliau? anda perlu tonton cerita ini untuk mengetahui lebih lanjut :)
Satu lagi apabila Jack Reacher membuktikan kebolehannya menembak tepat kepada tuan punya lapang sasar. Cerita ini ternyata tidak mengecewakan dan membuatkan anda terhibur dalam wayang.
Selamat menonton.
3 comments:
not bad juga citer ni
Kakak kena tunggu ada VCD ajelah baru berpeluang sebab utk ke panggung memang dah malas dah..
Sharinginfoz, ceta nya memang best.
Kakzakie, hehe..takper lambat asalkan dapat tengok.
Post a Comment