Tuesday, January 15, 2013

Tawaran Pekerja Sambilan Harian Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi KPM


Tawaran Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi, KPM. Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi menawarkan kekosongan bagi Pekerja Sambilan Harian (PSH).

Waktu bekerja: Waktu bekerja yang terpakai kepada pegawai awam.

Gaji: 
  • RM54.00 sehari (Kelayakan: SPM)
  • RM72.00 sehari (Kelayakan: STPM/Diploma)
  • RM100.00 sehari (Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda)
  • KWSP dan Elaun Perjalanan.
Kelayakan / Kelulusan

1. Minimum SPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan yang didiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris.

2. Boleh menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik.

3. Mempunyai kemahiran dalam Microsoft Word dan Microsoft Excel yang baik.

4. Boleh bekerja di luar pejabat.

Cara Memohon

Sila hantar resume kepada 

Setiausaha Bahagian, 
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, 
Kementerian Pelajaran Malaysia,
 Blok 4803, Suite 0-2, Bangunan CBD Perdana, 
Off Persiaran Multimedia, 6300, Cyberjaya, Selangor 
(u.p: Encik Maswadi Bin Mohamat)

Jika berminat, sila layari http://www.moe.gov.my/bppk untuk mendapatkan informasi lanjut. 

5 comments:

::CIK LYNN:: said...

cik lynn xabih study lagi...klu x, boleh gk apply utk keja sambilan...

Rabia Sensei said...

Cik Lyn..takper, nanti dah habis belajar, bolehlah apply ;)

Gombug, banyaknya link awak :)

Unknown said...

Hai..Masih boleh memohon ke?.

Unknown said...

Hai..masih boleh hantar permohonan ke?

Rabia Sensei said...

Hai Chris Adden,
Maaf, saya tak tahu. Boleh call kementerian berkenaan untuk sebarang pertanyaan :)
All the best!