Friday, February 15, 2013

Movie : A Good Day to Die Hard


Picture Credit : A Good Day to Die Hard

Merupakan filem terbaru yang dilakonkan oleh Bruce Willis dan adalah filem kelima dalam filem siri Die Hard. Bermula dari tahun 1988 (Die Hard 1), 1990 (Die Hard 2), 1995 (Dia Hard with a Vengeance) dan 2007 (Live Free or Die Hard).

Siri Die Hard memang terkenal sebagai filem aksi di mana aksinya akan bermula di awal permulaan cerita lagi dan sampai ke kemuncak di penghujung filem. Jangan harapkan logik dimana John McClane masih lagi boleh berdiri walaupon terlibat dalam kemalangan kereta yang dashyat, ditembak, cedera dipukul dan sebagainya. Ia sememangnya sinonim dengan siri filem Die Hard.

Sepertimana 4 filem sebelumnya, yang mana John McClane secara tidak langsung atau dibawa terlibat dalam kancah keganasan, samalah dalam filem baru ini. Siri kelima ini ditetapkan di Russia dan bermula bila mana John McClane pergi ke Moscow untuk menolong anak lelakinya yang meringkuk dalam penjara. Seperti biasa, bila ke sana kisah penahanan anaknya lebih daripada jangkaan asalnya dan terus terlibat dalam pemburuan pengganas.




Trailer : A Good Day to Die Hard
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended
 
Rupanya anak lelakinya adalah agen CIA dan ditugaskan untuk menyelamatkan seorang yang berkepentingan dari dibunuh oleh menteri yang berkuasa. Di pertengahan cerita, ada satu kejutan yang lalu menyebabkan mereka terpaksa pergi ke Chernobyl, Ukraine - tempat di mana kemalangan janakuasa nuklear berlaku di zaman Soviet Union pada 1986. (Sebelum ini ada satu filem (Chernobly Diaries) yang mengambil latar belakang Chernobly sebagai tumpuan dalam cerita itu).

Jika filem sebelum ini aksi kemuncak melibatkan kapal terbang penumpang, kapal laut kargo dan jet pejuang. Ternanti-nanti juga apa aksi yang filem ini akan gunakan, akhirnya ia melibatkan helikopter tentera. Aksi kejar mengejar di bandar Moscow antara yang menarik di samping penghujung cerita ini. Ada adegan dalam filem ini sudah dapat diagak dan kadang-kadang rasa dibuat-buat.

Kepada mereka yang sukakan filem aksi, ini antara cerita wajib anda :)

Selamat menonton.


1 comment:

Anonymous said...

I have loaded your site in Several different browsers and I must say this blog loads a
lot faster then most. Would you mind emailing me the name of your web hosting company?
My personal e-mail is: jack.sandlin@googlemail.com. I'll even sign up through your own affiliate link if you would like. Thanks

Here is my site :: vulture

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...