Wednesday, February 13, 2013

Movie : The Last Stand

Picture Credit : The Last Stand

Ia merupakan kemunculan kembali Arnold Schwarzenegger ke Hollywood setelah sibuk berkecimpung dalam arena politik sebagai Gabenor California sebelum ini. Arnold pernah muncul sekejap dalam cerita Expendables pada tahun 2010.

Arnold berlakon selaku Sheriff Owens di pekan terpencil bersempadan dengan Mexico dimana beliau menjadi Sheriff setelah meninggalkan LAPD. Kehidupannya yang tenang dan santai di pekan ini akan berlaku satu kejadian yang tidak disangka.


Trailer : The Last Stand

Cerita ini terpisah kepada 2 tempat iaitu satu bandar dan di pekan Sommerton yang dikuasai Sheriff Owens. Di bandar pihak FBI sedang dalam memindahkan penjenayah berbahaya - seorang ketua pengedar dadah terbesar di rantau tersebut. Anda mesti dapat mengagak apa berlaku kalau penjenayah besar dipindahkan dalam van dan dalam konvoi polis. Penjenayah ini mengupah orang untuk melepaskan diri dari tawanan FBI dan seterusnya melarikan diri ke sempadan berhampiran.

Cuba teka, pekan mana dia akan lalu? semestinya pekan yang dijaga oleh Sheriff Owens ini :). Beliau memandu dengan laju dan membawa kereta berkuasa tinggi yang diubahsuai sambil membawa seorang tebusan - orang FBI yang ditangkap masa adegan melepaskan diri. Juga bersama rombongan ahli geng yang ditugaskan untuk menhapuskan segala halangan (sekatan jalan raya, SWAT team) supaya beliau dapat jalan yang bebas dari pihak polis dan terus menuju destinasinya.

Sementara itu di Pekan Sommerton, ada seorang penduduknya hilang dan tidak dapat dihubungi. Penolong Sheriff dihantar untuk menyiasat dan hanya jumpa mayatnya sahaja. Sheriff yang berpengalaman merasakan ini bukan pembunuhan biasa dengan menyuruh 2 penolongnya menyiasat kesan tayar yang tinggalkan. Ini membawa kepada kumpulan penjenayah dan 2 orang penolongnya terperangkap dalam tembak menembak dengan senjata berat. Rupanya kumpulan tersebut sedang bersiap sedia untuk kedatangan penjenayah tadi bagi membolehkan beliau menyeberang sempadan.

Sheriff Owens telah tahu ada penjenayah dalam perjalanan ke pekanya, dan beliau mengambil keputusan untuk menghalang penjenayah berbahaya dari lalu dan menyeberang ke seberang.

Masa pergi menonton cerita ini, tidak mengharapkan apa-apa jangkaan melampau tetapi ia ternyata tidak mengecewakan. Jalan ceritanya diolah baik dengan 2 tempat berbeza dan dicantum baik. Aksi kejar mengejar dalam kereta di ladang tanaman jagung menarik perhatian di samping adegan menembak di pekan.

Selamat menonton.


4 comments:

mizzura said...

wah..lama tak tengok pakcik arnold berlakonnn...!

Izzat Eshak said...

Belum sempat nak usha lagi filem ni =)

Rabia Sensei said...

Mizzura, sebab itu lah dia kata "i'll be back". Memang betullah dia kembali semula ;p

Rabia Sensei said...

Izzat, usha jangan tak usha :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...