Tuesday, February 26, 2013

Movie : Spiders 2013

Picture Credit : Spiders 2013

Filem ini bermula apabila stesen angkasa di zaman Soviet Union jatuh apabila ia terkena serpihan meteor. Stesen tersebut melakukan ujikaji ke atas satu spesis labah2 yang ditemui mereka. Nak dijadikan cerita serpihan stesen itu jatuh di terowong subway New York. Lalu bermula aktiviti labah-labah membiakkan diri dan membesar.

Kawasan tersebut terus di kuarantin oleh pihak tentera dan membawa bersama ahli saintis yang bertanggungjawab di zaman Soviet Union untuk memantau labah-labah tersebut. Rupanya pihak tentera tidak mahu membunuh tetapi mahu mendapatkan Permaisuri labah-labah. Dikatakan benang sesawang yang dihasilkan oleh permaisuri ini berharga dan mempunyai nilai komersial dan ketenteraan.


 Trailer : Spiders 2013
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended

Dipertengahan cerita, tentera sudah hilang kawalan ke atas labah-labah itu yang makin lama makin membesar dan membunuh ramai tentera yang bertemu denganya. Permaisuri pon muncul dan tentera telah menghantar bantuan seperti kereta kebal untuk membunuh permaisuri dan labah-labah tersebut.

Permulaan cerita dilihat menyakinkan kita untuk melihat babak seterusnya tetapi di pertengahan cerita sudah mula meleret dan bosan. Hanya babak kejar mengejar serta menyorok boleh membuatkan anda terus menonton. Di akhir cerita sudah agak apa terjadi :)

Bagi yang tidak kisah membazirkan duit anda bolehlah tengok filem ini. Saya rasa kalau tidak tengok pon tidak terasa rugi.

Selamat menonton.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...