Monday, March 11, 2013

Movie : Cloud Atlas

Picture Credit : Cloud Atlas

Merupakan filem bercorak drama dan sains fiksyen dan diambil dari sebuah novel oleh David Mitchell. Dalam filem ada 6 (kalau tidak silap) plot cerita yang berlaku di zaman yang berbeza. Ia mahu menyatakan bahawa semuanya berkait rapat dan menrangkumi masa silam, sekarang dan masa depan.

Satu plot di zaman 1800an, seorang peguam datang ke sebuah Pulau untuk menjalankan urusan perniagaan bagi pihak mertuanya. Di sana, peguam menyaksikan seorang hamba disebat lalu hamba itu kemudian lari dan mengikut peguam. Dalam masa sama seorang doktor di atas kapal secara perlahan meracun peguam untuk mendapatkan harta dalam urus niaga di pulau tersebut. Hamba tersebut kemudian berjaya menyelamatkan peguam dari doktor.


Satu plot kat England 1930an, seorang pemuda menawarkan diri kepada seorang komposer di zaman itu untuk membantu mengubah lagu. Lalu pemuda tersebut dalam masa terluang dapat menghasilkan karya hebatnya bertajuk "The Cloud Atlas Sextet" tetapi komposer tersebut mahu beliau mendapat nama bagi karya tersebut lalu mengugut pemuda itu dengan skandal seksnya.

Satu lagi berlaku pada tahun 1970an, seorang wartawan (lakonan Halle Berry) berjumpa dengan ahli sains nuklear (Lakonan Tom Hanks) bagi menyiasat konspirasi syarikat berkenaan mengenai tahap keselamatan reaktor nuklear yang baru. Ahli sains itu pon berjanji untuk membantu wartawan tersebut tetapi ahli sains tersebut sudah terbunuh dalam nahas kapal terbang. Dipercayai pihak syarikat melakukannya untuk menutup skandal tersebut.


Untuk plot semasa iaitu pada tahun 2012 dekat United Kingdom, seorang penerbit tiba-tiba mendapat durian runtuh apabila pengarang buku yang juga merupakan gangster membunuh pengkiritk bukunya dalam satu majlis dan dimasukkan dalam penjara. Perbuatan tersebut membuatkan jualan bukunya meningkat dan lalu pihak gangster mahu sebahagian daripada untung jualan buku tersebut.


Trailer : Cloud Atlas 
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended 

Satu plot di zaman depan berlaku di Seoul, Korea tahun 2144. Seorang wanita yang bernama Sonmi 451 merupakan klon yang ditugaskan sebagai pelayan restoran. Dia memceritakan pengalaman  bagaimana dia dapat melarikan diri dengan bantuan seorang pergerakan pemberontak. Dia memgambil keputusan untuk menolong puak pemberontak dengan memberitahu ramai bahawa mereka menjadi satu bentuk penghambaan baru.Setelah menceritakan kisah beliau, pihak berkuasa pon menghukumnya.

Satu lagi plot di zaman jauh ke masa depan, tidak pasti lak tahun bila, hanya berada di Big Island. Berada di zaman selepas umat manusia hampir pupus sejak "The Fall". Satu puak yang dipanggil The Valley hidup seperti di zaman purba dengan satu puak lagi yang masih berpegang kepada teknologi sebelum terjadi the Fall. Seorang ahli mereka (lakonan Halle Berry) meminta pertolongan seorang ahli puak Valley (lakonan Tom Hanks) menunjukkan jalan ke puncak gunung di mana terletaknya stesen komunikasi Cloud Atlas bagi menghantar mesej kepada koloni manusia di planet lain.

Di akhir cerita, Tom Hanks menceritakan kisah bumi kepada cucunya dan berlatar belakang 2 bulan yang mengambarkan mereka berjaya menghantar mesej dan hidup di tempat baru.

Secara keseluruhan filem ini memakan masa yang lama dan saling silih berganti antara satu plot dengan yang lain. Kadang-kadang terasa tidak tahu mana satu cerita sebab antara satu plot ke satu plot tidak dinyatakan. Bila sudah biasa dengan satu cerita, dia terus tukar cerita lain lak. Di awal hingga pertengahan cerita terasa bosan sebab tidak berapa faham jalan cerita. Dekat akhir, baru dapat mengikuti dan apabila habis masih tercari-cari kesinambungan antara semua plot tadi.

Kepada mereka yang suka kepada misteri dan mencari-cari atau memikirkan apa filem ini nak tawarkan. Bolehlah tengok filem ini dan sanggup duduk untuk tengok selama dekat 3 jam (macam cerita hindustan lak ;)

Selamat menonton.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...