Tuesday, March 12, 2013

Movie : Jack The Giant Slayer

Picture Credit :  Jack The Giant Slayer

Mengambil kisah cerita dongeng rakyat yang biasa kita dengar berkenaan dengan kacang ajaib dan gergasi. Begitulah intipati filem ini tetapi dengan olahan cara baru pihak hollywood. Nampaknya selepas banyak kisah berdasarkan novel diadaptasi ke layar perak seperti Harry Potter dan lain-lain. Sekarang pihak hollywood beralih kepada tema filem yang diambil dari kisah-kisah dongeng ini.

Bermula dari hero (Jack) semasa kecil yang mana ibubapanya sering membaca buku kisah pada zaman dahulu di mana para pendeta menjumpai kacang ajaib lalu memanjat pokok ke atas lalu berjumpa dengan gergasi. Tanpa diorang tahu bahawa di atas sana terdapat puak gergasi hidup, seterusnya turun ke bawah dan melakukan kekacauan serta memakan manusia. Bagaimana manusia zaman itu menewaskan puak gergasi? Dengan membuat mahkota raja diperbuat daripada jantung gergasi, ya jantung gergasi. Nampaknya sesiapa yang memakai mahkota tersebut, puak gergasi akan menurut perintahnya. Lalu raja mengarahlan mereka kembali ke tempat asal dan menebang pokok. Manusia terselamat dari ancaman gergasi dan masa berlalu kisah tersebut manjadi mitos.

Jack pun sudah dewasa dan tinggal bersama pakciknya, disebabkan hidup dalam kesempitan pakcik menyuruhnya menjual kuda dan kereta kuda bagi mendapatkan duit untuk membaiki bumbung rumah yang bocor di pekan. Di pekan lain lak yang berlaku, yang mana Jack bertemu dengan puteri raja dan hanya dapat kacang dari pendeta (yang mencuri dari pegawai kanan raja) bagi tukaran kudanya. Pendeta berjanji yang Jack akan dapat habuannya apabila memberikan kacang tersebut kepada satu gereja.


Trailer : Jack the Giant Slayer 
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended

Apabila kembali, tentu Jack dimarahi oleh pakciknya dan membuang kacang tersebut ke lantai dan seterusnya jatuh ke tanah. Dalam masa yang sama tuan puteri melarikan diri dari istana. Nak dijadikan cerita, hujan turun dan tuan puteri ternampak rumah Jack bagi berteduh. Kacang tadi yang jatuh ke tanah terkena air lalu tumbuh membesar membawa sama rumah jack dan tuan puteri ke atas langit. Bermula pengembaraan Jack menyelamatkan tuan puteri dan berlawan dengan puak gergasi di atas.

Kalau ada hero mesti ada watak jahat, watak jahat dimainkan oleh orang kanan raja yang memiliki mahkota raja yang dapat menundukkan puak gergasai. Beliau berhasrat untuk menggunakan gergasi sebagai tenteranya dan menguling raja serta menakluk dunia. Masa menonton filem ini, ingat sudah habis apabila pokok itu ditebang dan lalu menghalang gergasi dari turun ke bawah. Rupa-rupanya belum habis, gergasi dapat turun gak ke bawah dan berperang dengan manusia.

Adegan masa gergasi membuat persiapan memasak manusia dan masa askar hendak mempertahankan kota dari diceroboh merupakan babak menarik dalam filem ini. CGI dalam filem ini tidak memgecewakan dan kepada mereka yang tercari filem apa hendak menonton boleh pilih filem ini.

Selamat menonton.

No comments: