Wednesday, May 22, 2013

Movie : Iron Man 3

Picture Credit : Iron Man 3

Tony Stark kembali sekali lagi dalam siri ketiga Iron Man. Kali ini selepas penglibatannya dalam filem Avengers. Nampaknya, selepas kejadian dalam Avengers, Tony Stark mengalami krisis dalam diri di mana dia sekarang berusaha untuk membina baju besi (Iron Suit) yang boleh atau memberikan dia kelebihan dalam peperangan dengan kuasa asing (alien). Untuk itu dia banyak menghabiskan masa di makmal rumahnya membina berpuluh-puluh baju besi. Berapa banyak? anda akan tahu angkanya di awal cerita dan akhir cerita.

Filem kali ini berkisahkan kepada pengganas yang dikenali sebagai Mandarin. Dia mengganas dengan melakukan pengebomam di tempat-tempat awam. Di awal cerita, penonton di bawa ke zaman silam di mana Tony Stark secara tidak sedar telah mencipta musuhnya sendiri iaitu Mandarin.Dalam satu sidang akhbar atau didepan wartawan yang mahukan respon Iron Man terhadap Mandarin. Beliau telah mencabar Mandarin untuk datang dan bersemukanya. Mandarin menyahut cabaran itu dengan menghantar 3 helikopter dan menyerang rumah agamnya ditepi bukit. Hancur musnah rumahnya dan baju besi yang dipakainya mengalami kerosakan dan beliau terkandas di satu pekan di luar bandar California.

 Trailer : Iron Man 3
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended
 
Disini, Tony Stark berjumpa dengan seorang budak yang membantunya dalam memulihkan baju besi dan seterusnya mendapat kembali semangatnya. Nampaknya, Tony mengalami serangan panik (apabila teringat dengan kejadian serang mahkluk asing dalam Avengers). Filem kali ini tidak banyak memaparkan aksinya dalam baju besi dan lebih kepada orangnya (pergolakan dalam diri dan krisis identiti) dimana Tony dingatkan bahawa teknologi hanya membantunya dan bukan sebaliknya.

Walaupun begitu, kita masih disajikan dengan baju besi terbaru ciptaannya yang mana boleh diceraikan dan diterbangkan ke mana-mana sahaja beliau berada. Di penghujung cerita, Mandarin berjaya menculik Presiden dan kekasih hatinya Miss Potts. Tony pon mengarahkan baju besinya untuk datang. Ya, nampaknya semua baju besinya boleh diterbangkan dan digerakkan oleh Tony (dengan bantuan Jarvik - AI computer). Oleh itu secara tak langsung, Tony telah mencipta bala tenteranya sendiri. Dalam satu adegan, Potts jatuh dari atas platform kontena dan dianggap sudah mati. Heroin mati? Sila tonton bagi untuk mengetahui penamatnya bagaimana.

Cerita pasal penamat, pastikan anda tonton sampai habis (betul-betul habis apabila senarai pelakon and credit keluar. Selalunya filem Marvel suka menyelitkan adegan selepas semua credit habis. Tetapi bagi saya adegan ini sedikit mengecewakan selepas tunggu sampai habis semua hehe ;)

Selamat menonton.

1 comment:

norzatulnabihah said...

iron man terbaik. fast6 je tak dpt tgok lagi. btw, do follow here http://nabihahzambry.blogspot.com/