Monday, June 24, 2013

Movie : World War Z

Picture Credit : World War Z

Mengisahkan dunia yang telah dijangkiti virus yang tidak diketahui asal-usulnya. Dunia tidak menjangka musibab ini melanda dan tidak bersedia untuk melawannya. Lalu banyak bandar-bandar utama di Amerika dan seluruh dunia diserang. Hero dalam filem ini (Brad Pitt) merupakan bekas penyiasat PBB yang telah bersara. Dalam satu kejadian, beliau dan keluaga telah terperangkap dalam penyebaran wabak dan menyaksikan bagaimana dalam masa lebih 10 saat. Orang yang dijangkiti telah berubah dan lalu menyerang manusia lain. 

Beliau dihubungi oleh wakil PBB untuk dibawa ke tempat selamat. Sebelum mereka diambil, beliau dan keluarga terpaksa bergelut dan melarikan diri daripada mayat hidup. Dalam satu adegan ke bumbung di mana helikopter menanti, beliau nyaris digigit dan berjaya melepasinya. 

Kemuadian dibawa ke kapal pengangkut di tengah laut yang sekarang menjadi pusat operasi tentera. Beliau diarahkan untuk menyiasat punca wabak ini. Destinasi pertama di Korea Selatan - kem tentera AS di sana yang mana terdapat memo yang dikeluarkan menggunakan perkataan 'Zombi'. Dari Sana, beliau dapat clue dan bergerak ke Jurusalem. Babak aksi hendak keluar dari pesawat ke kem dan balik ke pesawat sungguh mencabar. Disini kita dapat tahu mayat hidup ini tertarik dengan bunyi bising. Disini, di bagitahu bahawa Korea Utara dan Israel berjaya mengekang wabak ini dari merebak masuk ke dalam negara masing-masing.

 
Trailer : World War Z
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended

Sampai di Jurusalem, didapati pihak sana sudah membina tembok tinggi bagi menyekat kemaraan mayat hidup dan bertemu dengan pegawai yang bertanggunjawab serta mendapat jawapan bagaimana mereka tahu wabak ini akan berlaku? Mereka membenarkan pelarian masuk dengan alasan, lebih ramai orang yang selamat, lebih kurang untuk dijangkiti. Satu kejadian menyebabkan mayat hidup ini dapat membina dan memanjat tembok dan lalu menyerang manusia di sana. Beliau nyaris-nyaris tidak dapat keluar untuk ke lapangan terbang dan hanya dapat menaiki kapal terbang komersial.

Beliau mengarahkan juruterbang pergi ke Wales, dimana letaknya pejabat WHO (World Health Organization). Bagaimanapun, kapal terbang yang dinaiki terhempas dan beliau masih lagi terselamat walaupun cedera teruk. Akhirnya, beliau sampai ke sana dan cuba menyampaikan teori beliau berkenaan wabak terbabit. Babak beliau pergi ke sayap bangunan yang dihuni mayat hidup menarik perhatian. beliau ke sana bagi mendapatkan virus yang disimpan dalam bilik kebal. Adakah beliau berjaya? marilah pergi menonton cerita ini.

 Filem ini tidak mengecewakan dan wajib ditonton oleh anda, cuma penamatnya mungkin boleh boleh lebih baik atau mungkin ada sambungannya nanti.

Selamat menonton!

Movie : Man of Steel

Picture Credit : Man of Steel

Sebuah filem terbaru edisi Superman, dimana kali ini Hollywood mengkitar semula adiwira krypton. Pada tahun 2006, Hollywood cuba menghidupkan kembali adiwira ini dengan mengambil sambungan daripada Superman II (1980) dengan tajuk "Superman Returns". Tajuk itu diambil dari penamat filem kedua yang mana Superman pergi menziarah planet asalnya setelah para astronomi dapat menjejaki planet Krypton. Mungkin tidak mahu terikat dengan jalan cerita dalam filem tersebut yang mana di akhir cerita memberikan kita kejutan lalu Hollywood memulakan balik penceritaan Superman.

Permulaan cerita berkisar di planet Krypton, menceritakan perihal bagaimana planet itu musnah dan pergelutan ibubapanya dalam menyelamatkan Superman dan juga pemberontakan Jeneral Zod untuk menggulingkan pemerintah sekarang. Pertama kali dipaparkan planet krypton dan teknologi mereka dan juga kelahiran terkawal - dimana semua bayi sudah ditentukan perkerjaan dan peranan dalam masyarakat. Superman dihantar oleh ibubapanya dalam kapsul kapal ke bumi dan dibesarkan oleh di bumi.

Superman dalam cerita ini masih tercari-cari identiti dan misi beliau di bumi. Kehidupannya masa kecil diselubungi kebolehan luarbiasa dan ibubapanya menyuruh merahsiakan dan tidak menunjukkkannya walaupon bagi menolong orang. Apabila dewasa beliau masih tercari-cari siapa dia dan mengembara - sekejap jadi nelayan, sekejap jadi pelayan restoran. Sekali sekala, filem ini akan bawa kita kembali ke zaman kanak-kanak. Ini kadang-kadang memeningkan dan turunkan mood cerita dia - asyik selang seli dengan cerita kanak-kanak. Rasa pengarah tidak mahu memfokuskan cerita di kanak-kanak sampai dewasa, lalu di buat macam ini.


Trailer : Man of Steel
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended

Dalam pengembaraan beliau, terdengar pihak tentera menyiasat satu objek di dalam ais. Lalu beliau pergi menyiasat dan mendapati objek itu merupakan kapal peninjau dari kaumnya dan terdampar disana selama 13000 tahun. Dengan memasukkan kunci yang tinggalkan oleh ibubapanya, kapal dapat dihidupkan dan hologram bapanya keluar serta menceritakan segalanya kepada dia. Ditunjukkan juga suit superman yang akan dipakainya kelak.

Setelah mengetahui siapa dia sebenarnya, Jeneral Zod telah datang ke bumi dan mengugut penduduk bumi supaya menyerahkan Superman. Masa ini Superman belum lagi memperkenalkan dirinya ke dunia. Superman pun menyerah diri dan dibawa ke kapal angkasa Jeneral Zod bagi mendapatkan 'Codex' alat menyimpan DNA kaumnya bagi menghidupkan semula tamadun mereka di bumi.
Pertelingahan pendapat antara Superman dan Jeneral Zod menyebabkan peperangan antara dua - satu bagi pihak Krypton dan satu lagi bagi pihak bumi.

Aksi berlawan dan kesan khas memang hebat dengan aksi di darat, diudara dalam kapal angkasa. kemuncak aksi apabila Superman berlawan dengan Jeneral Zod. Bagi saya, filem ini kurang menarik walaupun disajikan dengan banyak babak-babak aksi, mungkin kerana banyak sangat hendak diceritakan dalam filem ini - dari zaman bayi sampai berperang dengan Jeneral Zod. Tiada babak romantik atau emosi antara Lois Lane dengan Superman. Mungkin filem Superman akan datang akan menjadi lagi hebat dari ini ;)

Selamat menonton.

Wednesday, June 12, 2013

Movie : After Earth

Picture Credit : After Earth

Sebuah filem sains fiksyen daripada Will Smith dan anaknya (Jaden Smith) dan mengisahkan anak beranak yang terkandas di Bumi. Bumi telah ditinggalkan manusia selama seribu tahun lamanya apabila musibab melanda umat manusia masa itu. Anaknya (Kitai) terpaksa menyelamatkan ayahnya (General Cypher Raige) dengan menjejaki serpihan ekor kapal terbang bagi mendapatkan dan menghantar alat siaran kecemasan. Jadi bermulalah pengembaraan si anak dalam mengharungi hutan rimba yang penuh dengan binatang yang tidak mesra manusia. Dia terpaksa berlawan dengan emosi ketakutan dan juga menyamai reputasi bapanya - yang merupakan seorang general yang hebat.

Di planet baru manusia membina koloni dan penempatan baru yag dinamalan Nova Prime. Nova Prime nampaknya sedang berperang dengan mahkluk asing yang telah mencipta binatang bagi melawan manusia. Binatang ini hanya dapat menghidu bau takut. Rupanaya, apabila seseorang takut, badan akan mengeluarkan feromon yang lalu dapat dihidu oleh binatang tadi. Ya, ada sedikit pelik, binatang ini hanya dapat bau perasan takut manusia dan tidak bole melihat. Nak dijadikan cerita bapanya dapat mengharungi dan membuang perasan takut itu, perilaku ini dipanggil 'Ghost' dan beliau menjadi lagenda dalam perkhidmatan tentera. Kenapalah makhluk asing itu tidak mencipta binatang yang boleh melihat sekali? hehe.


Trailer : After Earth
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended
Kitai telah bergerak sejauh 100km untuk sampai ke tempat terhempas dan dalam perjalanan itu dia telah bertemu dengan monyet ganas, helang gergasi dan juga binatang mahluk asing (us'ha - kalau tidak silap namanya). Binatang di bawa bersama dalam kapal terbang untuk di hantar ke tempat latihan bagi melatih pelatih2 baru. Mula-mula tertanya juga macamana anak beranak boleh berlakon. Rupanya cerita ini diilhamkan oleh Will Smith sendiri dan berkerjasama dengan M.Night Shamalan (Pengarah filem The Sign, village dan lain. filem2 terakhir arahan beliau kurang hebat berbanding dulu). Mungkin sebab itu pihak pemasaran (dalam trailer sebagai contoh) tidak menggunakan nama beliau sebagai tarikan dan fokus kepada nama anak beranak ini.

Cerita awal menarik dengan paparan futuristik dunia masa depan, teknologi dan bagai. Di pertenghan cerita di fokuskan kepada anaknya di dalam hutan, perubahan daripada seorang remaja dan dewasa serta keupayaan mentalnya mengatasi perasaan takut. Filem ini kurang sesuatu dan boleh menjadi hebat jika kena caranya. Walaupun disajikan oleh pelakon terkenal - Will Smith, itu tidak menjanjikan filem ini berjaya. Setakat ini filem ini di tangga ketiga selepas Fast & Furius 6 dan Now You See Me.

"Fear is a choice ". Jadi hilangkan ketakutan anda.

Selamat menonton! :)

Tuesday, June 11, 2013

Movie : Fast & Furious 6

Picture Credit : Fast & Furious 6

Dominic Toretto kembali lagi dalam siri filem terbaru, kali ini agen Hobbs meminta bantuan Dominic dan gengnya dalam menangkap penjenayah bertaraf dunia. Hobbs menawarkan ganjaran di mana semua rekod jenayah ahli gengnya dapat dihapuskan dan mereka boleh kembali ke America. Sekarang mereka masih lagi menjadi buruan dan menetap di sepanyol yang mana merupakan negara yang tidak ada perjanjian ekstradisi dengan US. Walaupon mempunyai harta yang banyak (dalam kerja terakhir di Rio, Brazil) mereka masih kepingan untuk menjejak kaki di rumah sendiri.

Jika anda ingat kembali dalam babak akhir cerita siri kelima, ada diselitkan watak Letty Ortiz (kekasih Dominic) yang masih hidup. Siri kali ini bergerak dari situ yang mana Hobbs memujuk Dominic membantunya dengan memberikan gambar Ortiz. Untuk pengesahan, Dominic bersetuju dengan diberikan pengampunan. Dominic dan geng mula berkerjasama dengan Hobbs dalam menjejaki Owen Shaw (bekas British Special Forces).

Cerita kali ini penuh dengan aksi dari mula hingga akhirdan bertempat di London. Bermula dengan aksi Owen Shaw melarikan diri dan merampas data di pejabat Interpol London. Dominic dan gengnya hampir berjaya mengekang aktiviti Owen dan bertemu dengan Letty Ortiz. Ortiz rupanya hilang ingatan dan tidak ingat langsung akan Dominic dan geng. Dominic bertekad untuk mendapatkan kembali hati dan ingatan Ortiz serta meninggalkan Owen.


Trailer : Fast & Furious 6
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended
 
Aksi merompak kontena, merampas kereta kebal dan Dominic melompat terbang menyelamatkan Ortiz adalah scene menarik dan teruja untuk ditonton. Ya kereta kebal, kenapa pula dalam kontena tentera itu ada kereta kebal? Benda yang nak tentera angkut dari pengkalan NATO merupakan tidak besar dan bersaiz beg bimbit. Oh ya, lupa nak bagitahu, Hobbs dapat tahu yang Owen nak menyerang pengkalan Nato berdekatan untuk mendapatkan gajet canggih yang bole memusnahkan semua alatan elektrik dalam kawasan letupannya. Lalu mengarahkan alat itu diangkut ke tempat yang lebih selamat. Tanpa disedari bahawa mereka telah ditipu oleh Owen. Owen hanya ingin mendapatkan alat canggih itu bila dia diangkut dan bukan dalam pengkalan NATO.

Mungkin aksi menggunakan kereta kebal untul membezakan siri filem kali ini dengan terdahulu. Kalau anda rasa itu adalah penghujungnya. Anda silap, ada lagi babak akhir yang melibatkan kapal pengangkut. Terasa lama pula sebab banyak adegan di luar dan di dalam kapal. Filem ini akhirnya telah bersambung dengan siri yang ketiga (The Fast and the furious : Tokyo Drift -2006). Juga diselitkan rancangan Han untuk berpindah ke Tokyo bersama kekasihnya. Tetapi dalam filem itu Han keseorangan sahaja, di mana pula kekasih hatinya. Boleh dapatkan jawapannya di akhir cerita ini.

Oh ya, jangan cepat bergerak meninggalkan tempat duduk anda dimana seperti sebelumnya akan ada babak pendek. Musuh baru Dominic menonjolkan diri, mungkin untuk filem yang ketujuh nanti.

Selamat menonton! :)

Movie : Star Trek Into Darkness

Picture Credit : Star Trek Into Darkness

Merupakan siri kedua (after reboot) setelah filem pertama ditayangkan pada tahun 2009. Filem ini mendapat nafas baru pada tahun 2009. Kali ini Captain James Kirk kembali dalam siri seterusnya, mengambil dari Siri kedua Star Trek II : The Wrath of Khan. Jika dalam filem tahun 1982 itu, Khan hanya ingin membalas dendam kepada James Kirk kerana membiarkan mereka terdampar di planet mati. Kali Khan menyalurkan amarahnya kepada seluruh Starfleet yang dikatakan telah membunuh semua puaknya.

Pihak atasan Starfleet mengatakan bahawa dia merupakan salah seorang anggota Starfleet yang bijaksana yang berpaling tadah dan melakukan serangan ke atas mereka. Di awal cerita, tidak diberitahu bahawa watak jahat ini adalah Khan dan hanya di akhir cerita - yang mana kemunculan Spock - pelakon asal secara cameo yang mengesahkan watak ini.


Trailer : Star Trek Into Darkness
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended
 
Khan mengajak James Kirk untuk bertemu dan menimbulkan keraguan ke atas arahan ketua Starfleet untuk membunuhnya, lalu membongkar komplot seorang pihak atasan untuk menggunakan kelebihan Khan sebagai perisai dan senjata untuk menyerang musuh. Aksi Kapal Enterprise jatuh terhempas ke bumi dan berlawan dengan Khan adalah babak yang perlu untuk ditonton.

Selamat menonton!