Monday, June 24, 2013

Movie : Man of Steel

Picture Credit : Man of Steel

Sebuah filem terbaru edisi Superman, dimana kali ini Hollywood mengkitar semula adiwira krypton. Pada tahun 2006, Hollywood cuba menghidupkan kembali adiwira ini dengan mengambil sambungan daripada Superman II (1980) dengan tajuk "Superman Returns". Tajuk itu diambil dari penamat filem kedua yang mana Superman pergi menziarah planet asalnya setelah para astronomi dapat menjejaki planet Krypton. Mungkin tidak mahu terikat dengan jalan cerita dalam filem tersebut yang mana di akhir cerita memberikan kita kejutan lalu Hollywood memulakan balik penceritaan Superman.

Permulaan cerita berkisar di planet Krypton, menceritakan perihal bagaimana planet itu musnah dan pergelutan ibubapanya dalam menyelamatkan Superman dan juga pemberontakan Jeneral Zod untuk menggulingkan pemerintah sekarang. Pertama kali dipaparkan planet krypton dan teknologi mereka dan juga kelahiran terkawal - dimana semua bayi sudah ditentukan perkerjaan dan peranan dalam masyarakat. Superman dihantar oleh ibubapanya dalam kapsul kapal ke bumi dan dibesarkan oleh di bumi.

Superman dalam cerita ini masih tercari-cari identiti dan misi beliau di bumi. Kehidupannya masa kecil diselubungi kebolehan luarbiasa dan ibubapanya menyuruh merahsiakan dan tidak menunjukkkannya walaupon bagi menolong orang. Apabila dewasa beliau masih tercari-cari siapa dia dan mengembara - sekejap jadi nelayan, sekejap jadi pelayan restoran. Sekali sekala, filem ini akan bawa kita kembali ke zaman kanak-kanak. Ini kadang-kadang memeningkan dan turunkan mood cerita dia - asyik selang seli dengan cerita kanak-kanak. Rasa pengarah tidak mahu memfokuskan cerita di kanak-kanak sampai dewasa, lalu di buat macam ini.


Trailer : Man of Steel
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended

Dalam pengembaraan beliau, terdengar pihak tentera menyiasat satu objek di dalam ais. Lalu beliau pergi menyiasat dan mendapati objek itu merupakan kapal peninjau dari kaumnya dan terdampar disana selama 13000 tahun. Dengan memasukkan kunci yang tinggalkan oleh ibubapanya, kapal dapat dihidupkan dan hologram bapanya keluar serta menceritakan segalanya kepada dia. Ditunjukkan juga suit superman yang akan dipakainya kelak.

Setelah mengetahui siapa dia sebenarnya, Jeneral Zod telah datang ke bumi dan mengugut penduduk bumi supaya menyerahkan Superman. Masa ini Superman belum lagi memperkenalkan dirinya ke dunia. Superman pun menyerah diri dan dibawa ke kapal angkasa Jeneral Zod bagi mendapatkan 'Codex' alat menyimpan DNA kaumnya bagi menghidupkan semula tamadun mereka di bumi.
Pertelingahan pendapat antara Superman dan Jeneral Zod menyebabkan peperangan antara dua - satu bagi pihak Krypton dan satu lagi bagi pihak bumi.

Aksi berlawan dan kesan khas memang hebat dengan aksi di darat, diudara dalam kapal angkasa. kemuncak aksi apabila Superman berlawan dengan Jeneral Zod. Bagi saya, filem ini kurang menarik walaupun disajikan dengan banyak babak-babak aksi, mungkin kerana banyak sangat hendak diceritakan dalam filem ini - dari zaman bayi sampai berperang dengan Jeneral Zod. Tiada babak romantik atau emosi antara Lois Lane dengan Superman. Mungkin filem Superman akan datang akan menjadi lagi hebat dari ini ;)

Selamat menonton.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...