Tuesday, July 9, 2013

Movie : White House Down

 Picture Credit : White House Down

Nampaknya satu lagi filem yang berlatarkan serangan terhadap White House. Sebelum ini filem Olympus Has Fallen menemui kita di pawagam. Kalau nak dibandingkan, filem ini lebih menarik kerana ia bukan sahaja melibatkan babak-babak aksi tetapi juga ada emosi dan babak lucu didalamnya.
Watak hero dalam filem ini bukanlah seorang secret service. Beliau ada cuba memohon tetapi tidak berjaya. Beliau dan anak perempuannya terperangkap apabila White House diserang. Beliau dan anaknya terpisah dan beliau hanya dapat menyelamatkan Presiden yang kebetulan dalam laluannya.

Dalam filem ini bilik bawah tanah White House digambarkan terletak di perpustakaan. Rupanya musuh yang menyerang adalah orang dalam White Huuse sendiri - Ketua keselamatan White House yang ingin membalas dendan akan kematian anaknya dalam operasi di Afghanistan (Kalau tidak silap) yang mana Presiden mangarahkan operasi itu diteruskan.


Trailer : White House Down
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended
 
Adegan melarikan diri dengan kereta rasmi presiden di laman White House menarik perhatian dan melucukan dalam keseluruhan cerita. Boleh dilihat aksi Presiden menggunakan bazooka untuk meletupkan pagar. Filem ini juga menyaksikan dua Presiden dilantik dalam sehari kerana selepas Presiden ditawan, jawatan itu jatuh kepada orang nombor 2 dan 3 dalam kerajaan.

Sedikit sebanyak ada juga fakta menarik cuba diselitkan dalam filem ini mengenai sejarahnya dan lain- lain. Saya cadangkan untuk anda pergi menonton filem ini.

Selamat menonton :)