Friday, August 30, 2013

Movie :The Lone Ranger

Picture Credit : The Lone Ranger

Satu lagi filem adiwira zaman silam yang kembali di layar perak, kali ini dengan bantuan Johnny Deep sebagai Tonto - sidekick Lone Ranger. Menceritakan kembali permulaan Lone Ranger dengan garapan yang berbeza. 

Watak permulaan Lone Ranger sebagai seorang peguam yang percaya kepada sistem keadilan dan membantu abangnya (seorang Ranjer) memburu penjenayah berbahaya (Butch ). Mereka telah diperangkap dan terbunuh, tetapi Lone Ranger umur panjang dan hidup semula. Beliau dibantu oleh tonto dan kuda liar putih untuk mencari dan menangkap Butch. 

Filem ini memakan masa panjang - dekat 2 jam setengah. Saya nasihatkan anda pergi menonton pawagam yang anda rasa selesa - terutama kerusi, kerana pawagam yang saya pergi sempit ruang kaki dan tiada ruang untuk regangkan kan diri dan bole sakit punggung dibuatnya.Tidak disangka pula filem ini makan masa panjang ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...