Friday, November 29, 2013

Defect Checklist Untuk Rumah Baru

Picture Credit : Defect Checklist

Sebelum ini saya ada kongsikan senarai checklist untuk rumah baru. Entry ini pula saya nak share tip - tip apabila masuk rumah baru. Apabila masuk rumah baru, mula - mula sekali yang kita perlu buat ialah buat defect checklist. Periksa setiap kecacatan yang ada di rumah seperti crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain - lain lagi. Kebetulan esok saya and hubby akan ambik kunci rumah baru, jadi tip - tip ini memang sangat - sangatlah penting. Tips ini saya refer dari blog Husnamn dan Surayajafar.

Sebelum nak periksa rumah baru, pastikan anda sediakan marker pen dan juga masking tape untuk tandakan setiap defect. Bawak juga tangga untuk area yang tinggi.

  • Azan
Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda. Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.
  • Tiles Lompong
Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu. Ada yang kosong tandakan dan minta dia pecah dan tampal yang baru dengan elok. Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat. Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab kat tengah-tengah selalunya ada simen, yang takde simen selalu kat tepi-tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air. Lepas diorang siap buat, test balik guna duit syiling.
  • Elektrik
Untuk periksa elektrik, on kan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya. Make sure periksa setiap punca elektrik dan soket.
  • Meter Air
Bila meter air dah pasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan sempurna. Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat. Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar. Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor. Bila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.
  • Tingkap dan Sliding Door
Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna. Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.
  • Rumah Bocor Waktu Hujan
Pergi ke rumah dan duduk di dalam rumah baru anda di saat hujan sedang turun dengan lebatnya. Pastikan tiada sambungan atap atau atap yang bocor dan mengalirkan air.
  • Tangga
Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

  • Bilik Air Tingkat Atas Bocor
Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar. Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, tengok ada kesan air bocor tak di siling tingkat bawah rumah korang. Kalau ada, tunjuk la dengan wakil developer dan sila la minta dia pecah balik lantai toilet tu dan pastikan dia letak sealer toilet tu dengan sempurna. Selalunya lepas letak sealer ni dia kena tinggalkan sehari bagi kering. Check sealer dia tu penuh ke tak penuh. Lepas dia repair toilet yang bocor itu ketuk satu per satu tilesnya. Jangan bagi ada kosong.


Picture Credit : Tandakan dinding yang retak untuk direpair
  • Dinding Retak
Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.


Picture Credit : Ini penutup saluran air toilet tingkat atas
  • Jika Hendak Buat Cornish
Jika anda nak buat cornish rumah, hendaklah periksa aliran air keluar dari toilet tingkat atas. Perasan tak rumah korang ada siling yang terjojol keluar dari siling sepatutnya. Selalunya dibuat daripada kayu dan letaknya betul-betul dibawah toilet di tingkat atas. Ini adalah penutup saluran air toilet atas. Cara nak buat pemeriksaan adalah minta kontraktor anda buka penutup ni sebelum dia mula nak buat cornish. Kemudian buka air dalam toilet supaya air mengalir dalam saluran ini. Kalau boleh biar lama sikit sebab kalau sikit bocornya memang air keluar perlahan-lahan. So kalau bocor, cepat-cepat minta developer repair sebelum buat cornish.
  • Kunci Semua
Seterusnya adalah mengunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan access mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik. Selepas dapat kunci rumah, developer tak akan bertanggungjawab kalau ada berlaku kes kecurian kabel kecuali defect rumah.
 

Bila dah siap betulkan defect ni, baru boleh la buat renovation rumah dengan senang hati. 

4 comments:

Siti Hajar said...

Baru tahu tentang semua ni. Belum ada pengalaman la katakan. Dah baca checklist dah. Mmesti tak sabar nak hias rumah kan! :)

Rabia Sensei said...

Siti Hajar, itulah. Saya ini pun first time nak buat checklist. Itu pun refer kat org2 lama. Memang tak sabar nak hias rumah. Tapi tnggu baby kuar dulu. Hehe ;p

Mhelmi said...
This comment has been removed by the author.
Rabia Sensei said...

Waalaikumussalam Mohd Helmi.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog Rabia Sensei. Insha Allah =D