Monday, November 25, 2013

Happy Late Monday

 Picture Credit : Late!

Terlambat nak wish happy Monday to everyone. Hehe, takperlah. Happy late Monday! Takpa lambat, asalkan selamat, boleh? =D

Dah seminggu cuti sekolah. Ini masuk minggu kedua. Apa perancangan semua masa cuti sekolah ni? Minggu lepas saya sibuk buat checklist untuk barang - barang baby. Alhamdulillah, 3 hari bershopping di Expo Baby di Mid Valley. Hampir 80% sudah dibeli. Sekarang ni dah masuk 7 bulan. Jadi barang untuk mama and baby kena disediakan sikit - sikit dalam beg. Harap-harap, baby lahir ikut due date, 12 February, 2013. 

Minggu kedua ini saya rancang nak mengemas rumah apa - apa yang patut. Takderlah banyak sangat. Sikit jer. Mana - mana yang larat. Kemas untuk masuk rumah baru. In shaa Allah, ambik kunci hari Jumaat ini. Selepas ini, akan sibuklah pula nak tambah grill dan apa - apa yang patut untuk rumah baru nanti. 

 Picture Link : First trip Big Bad Wolf 2012

 
Picture Link : Second trip Big Bad Wolf 2012

Cuti sekolah panjang lagi. Hampir sebulan lebih. Cuti sekolah ini nak ambik kesempatan untuk menghabiskan membaca buku - buku yang dah lama beli masa Big Bad Wolf dulu. Haih, bila la nak habis baca ni.

3 comments:

Aesya Zealous said...

lagi dua bulan lebih la ye due date.. tahniah. jaga baby dlm perut elok2..hihi

cindir-rela said...

ya Allah, bestnyeeeee novel!!!

hahah. tak pernah berkesempatan pegi big Wolf lagi.

Rabia Sensei said...

Salam Aesya Zealous,
Tqvm :)

Salam Cinderella,
Aah, beli memang best. Bila time nak baca jer, ada je hal. Tak habis lagi baca ni. Huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...