Monday, December 9, 2013

The Big Bad Wolf Book Sale II

Big Bad Wolf (BBW) datang lagi tahun ini dengan kapasiti 3 juta buku untuk dihabiskan. Ini merupakan kali kedua diadakan di MIECC @ The Mines.


Pandangan dari aras 2

Pergi pada hari pertama dibuka, aliran trafik masih lagi okay. Bukan apa, masalah trafik kat Mines ini adalah orang masuk dan keluar lalu bulatan, jadi bayangkan bertemu dengan orang yang keluar masuk Mines dengan yang nak pergi convention center dia. Jadi iniasitif diaorang untuk  buat 24 jam selama 10 hari membolehkan pengunjung datang pada bila-bila masa - tengah malam pon boleh. :) 


 Membeli-belah :)

Sebelum ini penganjur pernah buat di AmCorp Mall sebelum membuka satu kedai buku di situ dan hanya tahun lepas mereka buat di MIECC@The Mines apabila jumlah buku yang dibawa melepasi sejuta buku.  Ramai ler manusia membawa buku-buku dalam kotak, bagi yang ada pengalaman tahun lepas. Mereka membawa troli ataupon beg galas beroda supaya senang nak menolak and mengangkut. Rata-rata buku berharga RM5, RM6 dan RM8 dan ada buku yang berkulit tebal dijual pada harga RM20 - 30. Memang murah dan berbaloi. Buku kanak-kanak, fiksyen dan sejarah boleh diperoleh dengan mudah.

 Pandangan dari aras 2 lagi


Tidak banyak beza dari tahun lepas, cuma dari segi service dipertingkatkan lagi dengan ada ruangan untuk menyimpan sementara buku yang diambil, sesiapa yang penat mengusung kotak bolehlah simpan sementara buku-buku sebab nak mengangkat dari hujung ke hujung memang jauh. Diberikan tag number dan ditulis nama anda dan no telefon. Rasanya kalau tidak ambil buku2 anda dalam masa 12 jam, buku2 tersebut akan diletakkan kembali ke tempat asal.  

Dibahagikan kan juga kaunter pembayaran dengan tunai sahaja di sebelah kanan dan kad kredit/ tunai disebelah kiri. kali ini ada kain rentang, jadi anda dapat melihat dengan jauh bahagian mana anda boleh pergi. Untuk mempercepatkan bayaran, ada petugas akan datang untuk mengira buku anda semasa dalam barisan supaya urusan pembayaran dapat berjalan lancar.

Disamping itu, ada juga perkhidmatan troli untuk membawa buku anda (cuma dari kaunter ke pintu depan - tempat menunggu kereta). Di aras2 , ada gerai-gerai menjual makanan dan minuman, antara yang turut serta KFC, dominos dan lain-lain lagi.

Apalagi tunggu, marilah beli buku :)

Selamat membeli-belah.



2 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

assalamualaikum,
mines? yg tingkat atas sekali tu ea?oo..dulu penah gi sekali tp mcm tak sebest yg sekarang.aaa...nk gi tapi jauh!

Rabia Sensei said...

waalaikumussalam. Bukan kat atas sekali. Big Bad Wolf tu dia buat kat bangunan sebelah dia. Sebelah shopping Mall The Mines. Jauh yer? Takperlah, maybe next time dia buat kat tempat awak pula :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...