Tuesday, March 12, 2013

Prima Alam Damai, Cheras

Sumber : Pr1ma.my

Ahad lepas singgah kejap kat tapak pelancaran Prima Alam Damai dekat Cheras. Rasanya ini yang pertama Prima lancarkan di sekitar Kuala Lumpur. Sebelum ini banyak kat area Seremban Prima dah lancarkan projek. Kat tapak projek tengok ada banyak lagi akan dilancarkan. 

Pelancaran dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri kita pada hari tersebut. Lokasi ini terletak bersebelahan Bukit Mandarina, Bandar Damai Perdana dan Bandar Tun Hussein Onn. Sebelah sekolah Alam Damai dan balai polis Alam Damai.

 Khemah yang didirikan dan orang ramai yang melawat.



 

 
 Antara lokasi Prima di Selangor


Dibawah ini merupakan ruang pelan unit. Prima Alam Damai mempunyai lebih 2000 unit yang mengandungi 4 jenis iaitu Studio (1 bilik), A1, A2 dan A3 (3 bilik). Merupakan konsep moden dengan adanya semua kemudahan lengkap kecuali kolam renang.







Risalah boleh didapati di laman sesawang Prima atau lihat di bawah. Disana ada juga pihak developer buat 2 unit contoh iaitu unit studio dan jenis A1 (kalau tak silap). Pihak developer menghadkan pelawat masuk ke dalam unit bagi mengelakkan terlalu ramai dalam satu-satu masa, jadi kena beraturlah :). Bawah ini tengah tunggu giliran. Unit contoh ini penuh dengan kelengkapan perabot, kabinet dapur dan lain-lain. Nampak cantik dan kemas.


Bagi yang berminat bolehlah mendaftar diri anda kat laman sesawang Prima dan pilih lokasi Alam Damai jika mahu memohon Prima Alam Damai. Oh ya, harga belum lagi diumumkan dan kalau mengikut Perdana Menteri lebih murah 20-30 peratus dari harga pasaran.
Risalah Prima Alam Damai

Selamat memohon.

Sumber : Pr1ma.my

Movie : Jack The Giant Slayer

Picture Credit :  Jack The Giant Slayer

Mengambil kisah cerita dongeng rakyat yang biasa kita dengar berkenaan dengan kacang ajaib dan gergasi. Begitulah intipati filem ini tetapi dengan olahan cara baru pihak hollywood. Nampaknya selepas banyak kisah berdasarkan novel diadaptasi ke layar perak seperti Harry Potter dan lain-lain. Sekarang pihak hollywood beralih kepada tema filem yang diambil dari kisah-kisah dongeng ini.

Bermula dari hero (Jack) semasa kecil yang mana ibubapanya sering membaca buku kisah pada zaman dahulu di mana para pendeta menjumpai kacang ajaib lalu memanjat pokok ke atas lalu berjumpa dengan gergasi. Tanpa diorang tahu bahawa di atas sana terdapat puak gergasi hidup, seterusnya turun ke bawah dan melakukan kekacauan serta memakan manusia. Bagaimana manusia zaman itu menewaskan puak gergasi? Dengan membuat mahkota raja diperbuat daripada jantung gergasi, ya jantung gergasi. Nampaknya sesiapa yang memakai mahkota tersebut, puak gergasi akan menurut perintahnya. Lalu raja mengarahlan mereka kembali ke tempat asal dan menebang pokok. Manusia terselamat dari ancaman gergasi dan masa berlalu kisah tersebut manjadi mitos.

Jack pun sudah dewasa dan tinggal bersama pakciknya, disebabkan hidup dalam kesempitan pakcik menyuruhnya menjual kuda dan kereta kuda bagi mendapatkan duit untuk membaiki bumbung rumah yang bocor di pekan. Di pekan lain lak yang berlaku, yang mana Jack bertemu dengan puteri raja dan hanya dapat kacang dari pendeta (yang mencuri dari pegawai kanan raja) bagi tukaran kudanya. Pendeta berjanji yang Jack akan dapat habuannya apabila memberikan kacang tersebut kepada satu gereja.


Trailer : Jack the Giant Slayer 
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended

Apabila kembali, tentu Jack dimarahi oleh pakciknya dan membuang kacang tersebut ke lantai dan seterusnya jatuh ke tanah. Dalam masa yang sama tuan puteri melarikan diri dari istana. Nak dijadikan cerita, hujan turun dan tuan puteri ternampak rumah Jack bagi berteduh. Kacang tadi yang jatuh ke tanah terkena air lalu tumbuh membesar membawa sama rumah jack dan tuan puteri ke atas langit. Bermula pengembaraan Jack menyelamatkan tuan puteri dan berlawan dengan puak gergasi di atas.

Kalau ada hero mesti ada watak jahat, watak jahat dimainkan oleh orang kanan raja yang memiliki mahkota raja yang dapat menundukkan puak gergasai. Beliau berhasrat untuk menggunakan gergasi sebagai tenteranya dan menguling raja serta menakluk dunia. Masa menonton filem ini, ingat sudah habis apabila pokok itu ditebang dan lalu menghalang gergasi dari turun ke bawah. Rupa-rupanya belum habis, gergasi dapat turun gak ke bawah dan berperang dengan manusia.

Adegan masa gergasi membuat persiapan memasak manusia dan masa askar hendak mempertahankan kota dari diceroboh merupakan babak menarik dalam filem ini. CGI dalam filem ini tidak memgecewakan dan kepada mereka yang tercari filem apa hendak menonton boleh pilih filem ini.

Selamat menonton.

Monday, March 11, 2013

Movie : Cloud Atlas

Picture Credit : Cloud Atlas

Merupakan filem bercorak drama dan sains fiksyen dan diambil dari sebuah novel oleh David Mitchell. Dalam filem ada 6 (kalau tidak silap) plot cerita yang berlaku di zaman yang berbeza. Ia mahu menyatakan bahawa semuanya berkait rapat dan menrangkumi masa silam, sekarang dan masa depan.

Satu plot di zaman 1800an, seorang peguam datang ke sebuah Pulau untuk menjalankan urusan perniagaan bagi pihak mertuanya. Di sana, peguam menyaksikan seorang hamba disebat lalu hamba itu kemudian lari dan mengikut peguam. Dalam masa sama seorang doktor di atas kapal secara perlahan meracun peguam untuk mendapatkan harta dalam urus niaga di pulau tersebut. Hamba tersebut kemudian berjaya menyelamatkan peguam dari doktor.


Satu plot kat England 1930an, seorang pemuda menawarkan diri kepada seorang komposer di zaman itu untuk membantu mengubah lagu. Lalu pemuda tersebut dalam masa terluang dapat menghasilkan karya hebatnya bertajuk "The Cloud Atlas Sextet" tetapi komposer tersebut mahu beliau mendapat nama bagi karya tersebut lalu mengugut pemuda itu dengan skandal seksnya.

Satu lagi berlaku pada tahun 1970an, seorang wartawan (lakonan Halle Berry) berjumpa dengan ahli sains nuklear (Lakonan Tom Hanks) bagi menyiasat konspirasi syarikat berkenaan mengenai tahap keselamatan reaktor nuklear yang baru. Ahli sains itu pon berjanji untuk membantu wartawan tersebut tetapi ahli sains tersebut sudah terbunuh dalam nahas kapal terbang. Dipercayai pihak syarikat melakukannya untuk menutup skandal tersebut.


Untuk plot semasa iaitu pada tahun 2012 dekat United Kingdom, seorang penerbit tiba-tiba mendapat durian runtuh apabila pengarang buku yang juga merupakan gangster membunuh pengkiritk bukunya dalam satu majlis dan dimasukkan dalam penjara. Perbuatan tersebut membuatkan jualan bukunya meningkat dan lalu pihak gangster mahu sebahagian daripada untung jualan buku tersebut.


Trailer : Cloud Atlas 
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended 

Satu plot di zaman depan berlaku di Seoul, Korea tahun 2144. Seorang wanita yang bernama Sonmi 451 merupakan klon yang ditugaskan sebagai pelayan restoran. Dia memceritakan pengalaman  bagaimana dia dapat melarikan diri dengan bantuan seorang pergerakan pemberontak. Dia memgambil keputusan untuk menolong puak pemberontak dengan memberitahu ramai bahawa mereka menjadi satu bentuk penghambaan baru.Setelah menceritakan kisah beliau, pihak berkuasa pon menghukumnya.

Satu lagi plot di zaman jauh ke masa depan, tidak pasti lak tahun bila, hanya berada di Big Island. Berada di zaman selepas umat manusia hampir pupus sejak "The Fall". Satu puak yang dipanggil The Valley hidup seperti di zaman purba dengan satu puak lagi yang masih berpegang kepada teknologi sebelum terjadi the Fall. Seorang ahli mereka (lakonan Halle Berry) meminta pertolongan seorang ahli puak Valley (lakonan Tom Hanks) menunjukkan jalan ke puncak gunung di mana terletaknya stesen komunikasi Cloud Atlas bagi menghantar mesej kepada koloni manusia di planet lain.

Di akhir cerita, Tom Hanks menceritakan kisah bumi kepada cucunya dan berlatar belakang 2 bulan yang mengambarkan mereka berjaya menghantar mesej dan hidup di tempat baru.

Secara keseluruhan filem ini memakan masa yang lama dan saling silih berganti antara satu plot dengan yang lain. Kadang-kadang terasa tidak tahu mana satu cerita sebab antara satu plot ke satu plot tidak dinyatakan. Bila sudah biasa dengan satu cerita, dia terus tukar cerita lain lak. Di awal hingga pertengahan cerita terasa bosan sebab tidak berapa faham jalan cerita. Dekat akhir, baru dapat mengikuti dan apabila habis masih tercari-cari kesinambungan antara semua plot tadi.

Kepada mereka yang suka kepada misteri dan mencari-cari atau memikirkan apa filem ini nak tawarkan. Bolehlah tengok filem ini dan sanggup duduk untuk tengok selama dekat 3 jam (macam cerita hindustan lak ;)

Selamat menonton.