Wednesday, April 17, 2013

Movie : G.I. Joe Retaliation

Picture Credit : G.I. Joe Retaliation

Filem ini merupakan sekuel kedua dalam siri G.I. Joe dan mengambil tempat dari filem pertama berakhir. Di akhir dalam filem pertama, Zartan berjaya menyamar sebagai Presiden Amerika Syarikat. Kali ini giliran Cobra pula membalas terhadap G.I. Joe, dengan kedudukan Zartan sebagai Presiden membolehkan dia mendapat kuasa dan memerangkap pihak G.I. Joe.

Kali ini Presiden mengarahkan semua askar G.I. Joe dihapuskan selepas misi mendapatkan kepala peluru berpandu nuklear dari Pakistan berjaya. Ia cuma satu helah bagi mengumpulkan semua askar G.I. Joe lalu mengebom dan menghapuskan semua. nak dijadikan cerit hanya 3 orang sahaja terselamat dengan bersembunyi dalam perigi semasa serangan berlaku. Ingatkan hero masih lagi sama dengan filem yang pertama tapi dalam babak ini hero dah mati dalam babak serangan tadi. Lorr awat ler bagi dia berlakon kalau nak matikan watak dia.


Trailer : G.I. Joe : Retaliation
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended
 
Watak hero di ambil alih oleh Dwayne Johnson (The Rock) dalam menyiasat mengapa diorang dihapuskan dan meminta pertolongan Bruce Willis. Bruce Willis berlakon sebagai General dan dari gaya percakapan The Rock, General ini yang mengasaskan atau nama Joe di ambil pakai. Cobra pula dapat mengenalpasti penjara yang menempatkan komander Cobra dan Destro. Storm Shadow datang dengan menyamar sebagai Snake Eyes dan menyelamatkan komander mereka. Kali ini Cobra nak memusnahkan dunia dan membina satelit. (Macamana pula semua satelit dilancarkan dan letak di orbit, tidak pula diceritakan ). G.I Joe pun mula Bermulalah pencarian dan misi menyelamatkan dunia dari Cobra.

Walaupun dengan kecanggihan CGI dan kesan khas, saya merasakan filem ini kurang sesuatu dan tidak menepati jangkaan awal saya. Babak paling menarik adalah babak ninja berlawan di gunung disamping serangan penjara oleh cobra. Oh ya, satu lagi babak drama di mana semua ketua kerajaan meledakkan semua peluru berpandu nuklear mereka juga menarik untuk diperhatikan.

Selamat menonton!.

Tuesday, April 9, 2013

Movie : Olympus Has Fallen

Picture Credit : Olympus Has Fallen

Masa pergi meninjau cerita apa ada di pawagam, tidak pasti pasal apa cerita ini disebabkan tidak ada publisiti sangat. Tahu- tahu sudah ada di pawagam :). Pergi buka tengok trailer dia, macam menarik sebab tarikan utama dia Rumah Putih (White House) kena serang.

Alkisah berkaitan dengan seorang pegawai Secret Service (Pasukan yang ditugaskan menjaga keselamatan Presiden). Dia ditugaskan mengetuai pasukan dalam menjaga keselamatan Presiden dan keluarga. Beliau juga yang bertanggungjawab dalam insiden kemalangan yang menyebabkan kematian First Lady (isteri Presiden). Kemudian plot beralih ke 18 bulan kemudian dimana beliau hanya ditugaskan berkerja di pejabat perbendaharaan dan dengan lain perkataan turun pangkat dari menjaga Presiden ke hanya kerja-kerja pejabat. Ini disebabkan Presiden tidak mahu mengingat tragedi kematian isterinya apabila melihat beliau.

Apabila White House diserang, beliau datang membantu kerana pejabat dia berkerja sekarang hanya sebelah dari White House. Bermula apabila pesawat asing menghampiri White House dan melancarkan serangan. Dalam masa waktu yang sama Presiden sedang bertemu dengan Perdana Menteri Korea Selatan. . Selepas pesawat asing itu berjaya ditumpaskan, komando musuh yang menyamar sebagai pelancong melancarkan serangan darat dengan meletupkan pagar White House dan mula masuk menyerang. Dalam masa yang sama dua trak tong sampah masuk dan menghalang bantuan polis dari mara dengan menembak menggunakan mortar dan artileri.


Trailer : Olympus Has Fallen
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended
 
Presiden telah dibawa ke bilik keselamatan bawah tanah dan bertahan disitu. Tidak disangka pegawai yang mengiringi Perdana Menteri Korea Selatan belot bersama dengan seorang bekas pegawai Secret Service dan dalam masa tidak sampai 15 minit White House telah ditawan dengan majoriti pasukan Secret Service telah dibunuh. Bermula proses rundingan tebusan dan pengganas dikenal pasti sebagai simpati dengan Korea Utara dan membenci Amerika Syarikat. Pengganas mengugut untuk mendapatkan kod keselamatan nuklear dan bertujuan untuk meletupkannya dan memusnahkan negara.

Oh ya, hero tadi (Secret Service yang disisihkan) dalam kekecohan serangan dapat masuk ke White House dan hanya dia seorang dalam White House dan menjadi mata dan telinga Pentagon. Membantu membantutkan rancangan pengganas dan nemyelamatkan Presiden (ala-ala Rambo, selamatkan Amerika sorang-sorang hehe)

Hollywood cuba memberikan kita serba sedikit sistem yang digunakan dalam White House. Pihak keselamatan masih lagi berahsia apa yang ada dalam mempertahankan Rumah yang dikatakan paling selamat didunia ini. Aksi menawan White House paling menarik dalam cerita ini dan bagi peminat cerita aksi, filem ini wajib ditonton.

Selamat menonton. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...