Saturday, November 1, 2014

Avengers: Age of Ultron Trailer

Pihak Marvel akhirnya telah mengeluarkan secara rasmi trailer pertama kepada siri kedua filem Avengers setelah ianya bocor. Pada mulanya, Marvel merancang akan keluarkannya dalam episod Agents of SHIELD. Setelah ianya bocor, Marvel mengambil keputusan untuk mengeluarkannya secara rasmi di youtube.

Trailer sepanjang 2 minit memperlihatkan semua ahli Avengers kembali dan watak jahat utama dalam filem ini - Ultron. Juga penampilan watak Quicksilver dan Scarlet Witch. Ada satu babak di mana Hulk berlawan dengan Hulkbuster (tidak pasti sama ada orang dalam perisai itu adalah Iron Man)

Dengan trailer ini nampaknya Marvel telah menghangatkan penantian peminat terhadap filem siri kedua ini yang dijadualkan akan ditayangkan pada May 2015.


 Trailer : Avengers: Age of Ultron

Kemudian, ada dikeluarkan trailer extended dimana dapat menonton aksi ahli Avengers cuba mengangkat tukul Thor.

 Trailer Extended : Avengers: Age of Ultron

Sementara menunggu filem, marilah tengok trailer. Selamat menonton :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...