Thursday, November 27, 2014

Bila Saya Habis SPM

 
Picture Credit : Keep Calm because The Exams are Over

Adik ipar saya baru jer habis SPM. Minggu depan dah nak mula bekerja sebagai promoter di Sunway Pyramid katanya. Baguslah mencari pengalaman bekerja. Sambil - sambil tu boleh simpan duit untuk masa depan. 

Teringat masa tamat SPM dulu. Saya bekerja sebagai kerani di salah sebuah kedai perabut di kawasan Cheras. Bos sangat garang masa tu. Saya pula tak berapa cekap. Asyik dimarahinya sahaja. Lama juga saya bertahan rasanya.Tak ingat berapa lama. Saya sempat belanja kawan sekelas hasil dari duit gaji pertama saya. Asalnya nak ajak beberapa kawan yang rapat. Tetiba yang datang satu kelas. Nasib baik bawa duit lebih masa tu. Semoga Allah murahkan rezeki saya. Hehehe :p

Berhenti kerja, saya ambil kursus Bahasa Inggeris dengan kawan sekolah lama. Ambil kursus di Kuala Lumpur. Dari pagi sampai ke tengahari. Kadang - kadang lewat petang baru pulang. Cuci mata tengok barang - barang di pusat membeli belah. Orang putih kata, 'window shopping'.

Dalam saya sibuk bekerja dan belajar, sempat juga saya goyang kaki dirumah. Saja nak rehat - rehat. Rehatkan badan, rehatkan otak. Alasan jer sebenarnya.

Alhamdulillah, selepas bercuti panjang, akhirnya saya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA Petaling Jaya. Seronok tak terkira. Tapi itu cerita lama. Sekarang dah bekerja. Dah bertukar profession. Dari web content developer ke cikgu sekolah rendah. Dari status single ke status married. Ini dah naik pangkat jadi mak, anak sorang. Sorang jer baru. Ada rezeki, In shaa Allah tambah lagi. Amin.

p/s : Tengah nak google gambar, jumpa macam - macam gambar. Paling suka tengok gambar pelajar - pelajar yang sujud syukur selepas habis SPM. I'm not judging anyone. Saya pun sama jer, otak gile-gile, perangai sangat nakal, fikiran tak berapa matang. Cuma dulu tak secanggih sekarang. Semua benda jadi viral di social media. Dulu habis SPM, saya dan kawan - kawan (nakal sikit kut) pergi berenang dalam kolah. Seronok sangat. Jangan risau, kolah kami bertutup. 

Selamat habis SPM yer! Nanti sambung belajar pula, In shaa Allah =D

3 comments:

Sharinginfoz said...

saya dulu kerja kat the store jb. mmg seronok pengalaman

yoorinmelacolea said...

sy lepas spm mulanya mak tak kasi kerja.. dok rumah, jaga adik 7 ambik lesen kereta.. tp budak degil, curi2 interview kat mall, dapat..kena bambuu abes laa.. last2 mak offer kerja kilang..hehehe..saje buat tambah duit poket..

Rabia Sensei said...

Sharinginfoz, oeh, orang JB ker :)

Yoorin, Hehehe, oklah last2 dapat kerja juga ;p