Monday, November 24, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

 
 Picture Credit : Jeruk Mangga Asam Boi

Antara resepi - resepi makanan yang viral di sosial media ialah Jeruk Mangga Asam Boi. Saya pun dah terjebak juga. Jap lagi nak buat. Resepi ini saya ambil dari azlitamasammanis

Bahan - Bahan
4 biji mangga muda
20 hingga 25 biji asam boi
10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus (boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
2 cawan gula
1 biji limau nipis di hiris ~ ita tambah jika guna limau kasturi lagi sedap!


Cara - caranya
  1. Kupas dahulu mangga muda. Buang kulit, biji dan sabut tengahnya. Kemudian hiris nipis. 
  2. Rendam dahulu mangga dengan air kapur. Tujuannya untk meranggupkan buah mangga supaya tidak lembik bila telah menjadi jeruk. 
  3. Rendam dalam 20 hingga 30 minit kemudian cuci bersih dan toskan.
  4. Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata. 
  5. Masukkan pula cili padi yang kita dah hiris halus tadi dan kacau rata 
  6. Akhir sekali masukkan asam boi. 
  7. Tambahkan limau nipis. Tak perlu perah, masukkan aje. Kalau guna limau kasturi lagi sedap! 
  8. Tak payah tambah air sebab buah mangga dan gula itu sendiri yang akan menghasilkan air jeruk.  
  9. Kemudian masukkan dalam bekas. 
  10. Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh di nikmati.  
 Kalau nak tahu resepi lain, boleh check blog http://www.azlitamasammanis.com/
 


Inilah hasil jeruk mangga asam boi saya. Selamat mencuba!
 
p/s : Cuti sekolah ini, bolehlah cuba resepi - resepi baru kan. Yang penting senang nak buat. 
 

2 comments:

yoorin melacolea said...

maigad... lagi menarik ade letak limau sambal tuu.. hehehe

Rabia Sensei said...

Yoorin, heheheh. Limau sambal yer namanya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...