Friday, June 12, 2015

Flying Car Anyone?

Nampaknya tidak lama lagi kita dapat menyaksikan kereta terbang, tidak lagi dalam cerita sains fiksyen dan bakal menjadi kenyataan. Syarikat pengeluarnya iaitu AeroMobil dengan berbesar hati mempamerkan kereta prototaipnya tahun lepas yang berfungsi di atas jalan raya dan juga terbang di awan biru.

Dinamakan AeroMobil 3.0 telah dipertontonkan di khalayak ramai dan para media di Vienna tahun lepas oleh syarikat dari Slovakia. Kereta terbang dijangka akan berada di pasaran pada tahun 2017. Sampai masa cerita "Back to the Future" bukan lagi dongengan.

Source : AeroMobil 3.0 - Official video on Youtube

Adakah pengangkutan masa depan beralih ke dwi fungsi macam kereta terbang ini? Bayangkan anda memandu dari umah ke lapangan terdekat di Johor dan terbang serta mendarat di Kuala Lumpur :)


Sumber :
AeroMobile
Forbes.com
wired.co.uk


1 comment:

Sharinginfoz said...

dapat sebijik sedap ni